Hargai Diri Sendiri dan Apa Yang Dimiliki

5 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Pernahkah kita terfikir untuk menghargai diri sendiri dan apa yang kita miliki sekarang? Kehidupan yang baik adalah cerminan bilamana kita tidak lagi berusaha dengan sesungguhnya untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.  

Jadi adalah sangat penting untuk merasa sentiasa tercukupi dan bersyukur atas apa yang ada seperti konsep Qanaah yang pernah saya ulas sebelum ini.

"Fikirkan apa yang anda ada dan bukannya kekurangan anda. Daripada perkara yang anda ada, pilih yang terbaik dan kemudian fikirkan betapa bersemangatnya anda akan mencarinya jika anda tidak memilikinya." - Marcus Aurelius (121-180)

Berasa iri dengan kehidupan yang orang lain jalani adalah hanya merugikan diri sendiri dari pelbagai aspek khususnya dalam pengurusan emosi. Beban perasaan tersebut hanya akan mengkelabui pemikiran sehinggakan anda lupa untuk menghargai diri anda sendiri dan perkara-perkara yang anda miliki.

Hargai Diri dan Apa Yang Dimiliki

Dalam kehidupan harian kita, cuba ambil masa di pagi hari untuk berfikir sejenak. Ketika embun masih membasahi alam, ambil peluang untuk keluar menghirup udara segar pagi hari. Rasai sensasinya. Hembusan bayu pagi yang menyapa kulitmu, suara kicauan burung yang menghidupkan suasana pagi. Cahaya mentari yang memancar. Pokok-pokok yang statik melambai-lambaikan ranting-ranting kecilnya. Bunga-bunga yang mekar segar. Nikmati momen-momen tersebut. Hargainya.

Berdamailah dengan diri sendiri, dan hargai apa yang dimiliki. In Shaa Allah, anda akan dapat menjadi hamba yang bertakwa dan lebih tenang menjalani kehidupan.


 

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

Catat Ulasan