Bantuan Dari Penjara | Kisah Anak Yang Berbakti.

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Bantuan dari penjara? Bukankah orang dari penjara itu adalah yang perlu dibantu? Ini adalah kisah seorang anak yang sangat tekad untuk membantu ayahnya walaupun diri dalam kesempitan. Ikuti ceritanya.

dasirrounin- bantuan dari penjara

Seorang lelaki tua tinggal sendirian di sebuah kampung. Beliau mempunyai seorang anak lelaki, tetapi anaknya itu berada dipenjara kerana disabitkan dengan kesalahan merompak yang tidak dilakukannya. Setiap tahun lelaki tua itu akan menanam ubi dibelakang rumahnya dibantu oleh anaknya. 

Photo by Rodolfo Clix from Pexels

Namun kerana tidak mampu untuk mengupah peguam bagi mendapatkan pembelaan terhadap anaknya, maka anaknya terpaksa meringkuk di penjara. Beliau pun menulis surat untuk anaknya yang berada di penjara bagi melahirkan kedukaannya tidak dapat menanam ubi.

Anakku,

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini saya tidak dapat untuk menanam ubi. Saya terlalu tua untuk mencangkul tanah. Andai saja kau ada disini, tentu kau dapat membantu ku seperti sebelum ini.

Salam Sayang, 

Ayahmu

Beberapa hari berselang, si Ayah pun mendapat balasan surat dari anaknya.

Ayah,

Demi Tuhan, tolong jangan mengali tanah dilaman belakang itu. Semua barang bukti saya sembunyikan di bawah tanah itu.. 

Yang Sebenarnya

Anakmu.

Jam 5 pagi hari seterusnya, sejumlah  10 orang polis muncul di laman belakang rumah lelaki tua itu. mereka mula mengali dengan  mengunakan peralatan yang dibawa bersama. Namun, mereka tidak menjumpai apa-apa.

Photo by Kelly Lacy from Pexels

Bingung dengan keadaan tersebut, si Ayah menulis lagi surat kepada anaknya. Menjelaskan keadaan yang berlaku. Berselang beberapa hari, beliau mendapat balasan surat dari anaknya yang berbunyi,

Ayah,

Sekarang tanah sudah gembur, ayah boleh mulai menanam ubi. Hanya itu yang dapat saya lakukan dari sini, 

Salam Sayang,

Anakmu. 

Pengajaran dari cerita ini:-

  • Walau dimanapun kita, dengan kemahuan untuk membantu, pasti ada caranya.
  • Berbaktilah kepada ibubapa semasa mereka masi ada.
Begitulah, ceritanya. Anda rasa apa perasaan 10 orang polis yang terpedaya itu? Kongsikan di ruangan komen.


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Anak yg bijak ni.. setel terus urusan ayahnya nk menanam ubi

    BalasPadam
  2. Mestilah polis-polis tu marah dan mentertawakan sesama sendiri kerana diperbodohkan oleh si banduan hehehe...

    BalasPadam
  3. @Kakmim
    Kan.. mesti si anak ni kuat minum susu.. sel2 otaknya berhubung.

    BalasPadam
  4. @Mrs. A
    Pengalaman mendewasakan..ehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan