Latihan Pernafasan Dengan Google Assistant

5 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Tahukah anda bahawa dengan bantuan Google Assistant yang terdapat dalam telefon pintar anda, anda boleh memanfaatkannya untuk pelbagai perkara seperti membuat latihan pernafasan. 

Jika sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai Kelebihan Latihan Pernafasan Yang Betul, tapi saya belum sempat untuk menunjukkan cara untuk membuat latihan pernafasan yang betul. Jadi pada kali ini, saya akan menunjukkan cara untuk membuat latihan pernafasan yang betul selama seminit iaitu dengan bantuan aplikasi Google Assistant yang terdapat pada telefon pintar anda.

Caranya ialah;

  1. Ambil telefon pintar anda dan cuba panggil Google Assistant anda dengan menyebut "Hey Google", Pastikan fungsi Google Assistant telah diaktifkan pada pengaturan telefon anda.
  2. Google Assistan akan menjawab dan bertanya "What can I do for you", anda jawab "Breathing Exercise".
  3. Setelah muncul butang play berwarna biru, sila tekan dan tunggu.
  4. Anda kemudian perlu mengikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan pada skrin telefon anda. Breath In (Tarik Nafas) dan Breath Out (Hembus Nafas).
  5. Selama seminit anda perlu mengikut latihan pernafasan dengan bantuan Google Assistant
  6. Selesai.
Untuk lebih mudah memahami latihan pernafasan dengan Google Assistant, saya sudah menyiapkan video yang telah dimuat naik ke Youtube. Videonya adalah seperti yang berikut:-


Jadi, bagaimana perasaan anda selepas membuat latihan pernafasan? Segarkan. Semoga bermanfaat.


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. Wah ada bantuan disediakan google untuk pernafasan.

    BalasPadam
  2. baru tau..selalu guna google assistant ni utk scan QR code je hahaha

    BalasPadam
  3. mcm2 google assistant ni kan. mama selalu layan dia punye joke

    BalasPadam
  4. wahhh... hebatnya. baru je tahu ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan