Apa Yang Mendorongmu Untuk Bekerja? Tanyakan 4 Soalan Ini.

2 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ



Apa yang mendorongmu untuk bekerja? Tanyakan dirimu dan tanyakan kawan-kawan mu soalan ini. Mungkin kebanyakan jawaban adalah berkenaan dengan wang, jadi bagaimana dengan orang yang dilimpahi dengan kewangan yang takkan habis seumur hidupnya, kenapa mereka masih bekerja? Bagi mereka yang memilih untuk tidak bekerja setelah memiliki kekayaan, apakah mereka gembira dan puas dengan keadaan seperti itu? Manusia hanya akan puas apabila mereka melakukan sesuatu yang yang membuatnya rasa bernilai. Yang membuatnya rasa berharga. Baiklah, mari kita lihat, apa sebenarnya yang mendorong seseorang itu untuk bekerja.

Adakah anda terdorong untuk melakukan pekerjaan yang anda lakukan. Atau anda hanya menekuni rutin kehidupan sahaja. Cuba tanyakan 4 soalan ini:-

Pendorong Untuk Kerja - Dasir Rounin

Adakah pekerjaan ini sesuai dengan kemampuan anda secara mental dan fizikal?

Pekerjaan yang sesuai dengan kemampuanmu akan mendorongmu untuk melakukan yang terbaik. Baiklah, kita ambil contoh, patutkah bagi seorang yang buta untuk bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan? Sudah tentu tidak. Sudah tentu beliau tidak akan terdorong untuk melakukan pekerjaannya kerana kesulitan yang bakal dihadapinya. Bagi anda, cari apa kekuatan anda dan keterbatasan anda secara mental dan fizikal. sesuaikah dengan pekerjaan anda? Itu akan memberikan galakan untuk bekerja.

Pendorong Untuk Kerja 2 - Dasir Rounin

Adakah anda berasa gembira atau seronok melakukan pekerjaan tersebut?

Anda akan bangun pagi dengan motivasi yang maksimum dan memulai kerja anda sekiranya anda berasa gembira dengan pekerjaan anda. Sebaliknya, bilamana pekerjaan tersebut tidak membuatkan anda gembira, anda akan memulai pagi dengan kekusutan perasaan dan fikiran. Hal ini akan membuatkan anda stress dengan pekerjaan anda dan hal itu adalah sangat tidak baik. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, akan berlaku kemurungan. 

Pendorong Untuk Kerja 3 - Dasir Rounin

Adakah pekerjaan anda memberikan nilai kebaikan kepada orang lain? 

Pekerjaan yang baik adalah perkerjaan yang memberikan nilai kepada orang lain. Kita ambil contoh frontliner kita yang bertugas semasa pandemi ini (Shout-out to All Frontliner : Thanks). Usaha murni mereka semasa pandemi ini sudah semestinya memberi nilai kepada masyarakat. Bayangkan senyuman seorang pesakit yang telah sembuh, atau setidaknya bayangkan wajah keterujaan seorang anak kecil selepas isi rumahnya mendapat bantuan asas setelah 3 hari tidak menjamah nasi? Nilai-nilai kebaikan seperti ini akan membuatkan anda terinspirasi untuk terus melakukan pekerjaan anda.

Pendorong Untuk Kerja 4 - Dasir Rounin

Adakah anda berkembang menjadi lebih baik dengan pekerjaan yang anda lakukan? 

Pekerjaan yang baik bagi anda adalah pekerjaan yang membantu anda berkembang secara mental atau pun fizikal dengan baik. Mereka yang terinspirasi untuk bekerja akan menunjukkan kreativiti dalam pekerjaan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam bekerja. Ini akan membuatkannya lebih terinspirasi untuk terus bekerja.  

Anda perlu tahu apa yag mendorong anda untuk bekerja agar, anda dapat melakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda. Apakah anda ingin menjadi seperti seorang yang tidak bersemangat melalui hari-hari anda? Sekiranya kita yakin telah melakukan suatu pekerjaan dengan baik, disitulah timbulnya ketenangan dalam diri. Menimbulkan rasa syukur terhadap anugerah diri. Jadi berusahalah untuk semanagt melakukan kerja seharian anda. 


SUMBER GAMBAR

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

2 ulasan

  1. Kesemuanya saya jawab ya!
    Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada-Nya. In shaa Allah.

    BalasPadam
  2. @Amie
    Alhamdulillah.. semoga kekal bersemangat,Puan.

    BalasPadam

Catat Ulasan