بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Sekiranya anda mengenal nama Zlatan Ibrahimovic, anda sudah pasti pernah melihat wawancaranya, yang mana beliau ada menyatakan, "I am confident, not arrogant." Dalam kes Ibrahimovic ini, keyakinan diri adalah antara yang mendorong beliau untuk berjaya dalam dunia bola sepak moden. Umum mengetahui bahawa keyakinan diri adalah merupakan salah satu kemahiran sosial yang sangat berkesan untuk berjaya dalam kehidupan sebagai manusia.Bagaimana keyakinan diri boleh memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anda? Berikut adalah sebabnya:-
Keyakinan Menimbulkan Kepercayaan
Manusia selalunya menilai seseorang yang mempunyai keyakinan diri sebagai seorang yang boleh dipercayai. Kita ambil contoh dalam proses temuduga pekerjaan, seseorang yang berjaya menjawab pertanyaan dari pemenuduga dengan lebih yakin akan lebih berpeluang untuk diterima berkerja.
Keyakinan Melahirkan Kasih Sayang
Orang yang mempunyai keyakinan diri lebih disenangi oleh sesiapa sahaja yang mereka temui. Hal ini membuatkan mereka mempunyai ramai kawan yang ingin mendekati mereka. Lantas melahirkan rasa kasih terhadap orang tersebut.
Keyakinan Memberikan Kuasa
Jika seseorang yang mempunyai keyakinan diri dapat menimbulkan kepercayaan dan menimbulkan kasih sayang pada orang-orang yang ditemuinya, maka akan membuatkan orang mendengar dan mematuhinya sekaligus memberikannya kuasa. Kita ambil contoh dalam kempen seorang ahli politik yang berjaya, walaupun kadang kala apa yang dikatakan tidaklah benar namun dengan keyakinan diri yang ditunjukkan, mereka mampu menyihir rakyat untuk mengundi mereka.
Keyakinan diri akan akan membuatkan seseorang lebih bertenaga dan bermotivasi untuk bertindak bagi mencapai matlamatnya. Keyakinan diri boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, sekiranya anda ingin berjaya dalam kehidupan, anda boleh mula mempelajarinya. Pada artikel akan datang kita akan melihat bagaimana untuk memupuk keyakinan dalam diri.
Catat Ulasan
Catat Ulasan