9 Pelajaran Berguna Dari Burung Helang | Inspirasi Alam

11 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Jika Sang Singa adalah penguasa rimba, maka penguasa dilangit lepas adalah Sang Helang. Haiwan ini terbukti sangat istimewa berbanding burung yang lain. Tahukah anda, ada pelajaran berguna yang boleh diambil dari kehidupan Burung Helang. Teruskan membaca.

9 Pelajaran Berguna Dari Burung Helang | Inspirasi Alam 2

9 Pelajaran Berguna Dari Burung Helang | Inspirasi Alam

Helang Suka Bersendirian

Seekor helang lebih suka bersendirian pada ketinggian. Helang tidak terbang bersama burung-burung yang lain. Dalam kehidupan ini kita kadang tidak perlu untuk mendekatkan diri kepada benda-benda remeh. Lebih baik bersendirian dari bergaul dengan mereka-mereka yang boleh merendahkan anda. Kerana apa yang pasti, pengaruh orang sekeliling sangat kuat dalam membentuk keperibadian anda. Ini juga membawa kepada pelajaran kedua dari helang iaitu.

Helang Fokus Kepada Tujuan

Dengan bersendirian, seekor helang mampu fokus kepada mangsanya yang berada sejauh 5 killometer. Apa pun halangan, fokusnya tidak akan terganggu. Andai kita dapat menerapkan ini dalam kehidupan kita sehari-hari, sudah tentu kita akan dapat menjalani kehidupan dengan jayanya dalam mencapai matlamat yang kita tetapkan. Saya teringat bagaiman para tokoh ilmuan terdahulu yang mengambil masa bersendirian untuk fokus mempelajari pelbagai cabang ilmu untuk kepentingan di masa hadapan.

Helang Tidak Mudah Mengalah

Sebesar atau sekuat apa pun mangsa atau lawannya, helang tidak mudah mengalah. Saat lawannya mengertak, seekor helang akan terbang tinggi dan menunggu waktu yang sesuai untuk menghendap mangsanya tersebut. Begitulah juga dalam hidup ini, jangan hanya kerana suatu perkara yang sulit membuatkan anda terus mengalah dalam mencapai tujuan. Jadilah seperti helang yang berani dan tidak mudah mengaku kalah. Bersedia menghadapi sesuatu masalah dengan tenang.

9 Pelajaran Berguna Dari Burung Helang | Inspirasi Alam 1

Helang Meredah Angin

Helang sukakan angin kencang. Saat semua burung-burung lain berteduh mencari perlindungan dari angin kencang, sang helang meluncur mengharunginya dan membiarkan angin tersebut mengangkatnya ke langit tinggi. Dengan yang demikian helang dapat merehatkan sayapnya dari terusan mengepak-ngepak. Sebab itu dalam kesusahan ada kesenangan. Hanya saja bagaimana kita memanfaatkan setiap peluang yang terhidang untuk kita. Menjadi pemenang kita harus mencontohi helang yang mampu menjadikan setiap ancaman menjadi sebuah peluang.

Helang Tidak Makan Bangkai.

Helang selalu memburu mangsanya. Helang bukanlah seperti Burung Hering yang lebih sukakan makanan dalam bentuk bangkai (sudah mati). Helang memburu untuk mendapatkan makanan yang segar. Helang tidak bergantung kepada siapa-siapa untuk mendapatkan makanannya. Jika kita amati dari sisi helang tersebut, kita haruslah tidak meletakkan ketergantungan kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini. Usahakan sendiri tanpa berharap kepada orang lain.

Helang Berani Mengambil Risiko.

Pada usia yang matang, seekor helang akan mencapai keadaan yang mana paruh, kuku dan bulu-bulunya perlu berganti. Helang akan mencari tempat yang tinggi untuk menjalani kehidupan yang menyakitkan tersebut. Helang akan menghentam paruhnya yang sudah tidak kuat ke batu agar akan ada paruh baruh yang tumbuh. Bulu-bulunya juga di cabutnya satu persatu mengunakan paruh  Begitu jugalah halnya dengan kuku-kukunya yang dipatahkan. Helang sanggup menahan kesakitan tersebut untuk bangkit kembali menjadi sesuatu yang baru. 

Itulah pengorbanan yang helang sanggup hadapi demi menjadi yang lebih baik. Bagi kita sendiri, sanggupkah kita bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian?

Helang Diajar Untuk Mandiri Sejak Kecil

Anak-anak helang akan diajarkan mandiri semenjak kecil lagi. Anak-anak helang diajarkan untuk terbang sejak usia yang muda dengan cara dilemparkan dari ketinggian. Proses yang sama akan berlangsung sehingga anak-anak helang tersebut berhasil mengepakkan sayapnya sendiri. Sudah tentu, kesakitan akan dihadapi oleh anak-anak helang dalam proses tersebut. Namun, itulah yang membuatkan helang bertumbuh menjadi kuat. Sebab itu, dalam hidup kita ini, ajarkan anak-anak untuk berdikari, jangan terlalu manjakan mereka.

9 Pelajaran Berguna Dari Burung Helang | Inspirasi Alam

Helang Bersedia Keluar Dari Zona Nyaman

Apabila anak-anak helang sudah boleh terbang, perlahan-perlahan ibu helang akan mengeluarkan bulu-bulu halus dari sarangnya dan meninggalkan ranting-ranting kayu yang keras. Anak-anak helang akan mula berasa kurang selesa berada di sarang. Keadaan itu membuatkan anak-anak helang keluar dari sarang yang tidak selesa tersebut dan mula menjalani kehidupan layaknya helang dewasa. Jika kita terapkan dalam kehidupan, kita perlu sedar bahawa didalam zona yang nyaman tiada perkembangan akan berlaku. Itulah yang terjadi kepada anak-anak helang tersebut.

Helang Adalah Keluarga Harmoni

Helang jantan dan helang betina sama mengambil bahagian dalam menjalani hidup berkeluarga. Ketika, Ibu helang menjaga telur-telur/ anak-anak helang, maka bapa helang akan berusaha menyiapkan sarang dan berburu makan. Malah dalam proses pembelajaran pembelajaran anak-anak helang untuk terbang, ibu helang yang bertindak melemparkan anak helang dan ayah helanglah yang pergi mengutipnya. Wujud harmoni dalam setiap tindakan. Hidup berkeluarga seharusnya begitu. Setiap dari kita perlu memainkan peranan masing-masing.

Begitulah 9 pelajaran berguna yang boleh kita dapatkan dari kehidupan burung helang. Persoalannya disini, maukah kita menjadi Burung Helang yang terbang bebas atau hanya menjadi Burung Kakak Tua yang hanya "banyak bunyi" tapi tak mampu terbang tinggi. Tanya diri.


Sumber gambar : unsplash.com

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

11 ulasan

  1. banyak yg boleh dipelajari daripada alam...helang burung yg gagah..

    BalasPadam
  2. Terbaik kata kata akhir tu.. Nak jadi burung helang atau burung kakak tua. Tepuk dada tanya selera. :)

    BalasPadam
  3. Helang juga dikaitkan dengan megah!

    BalasPadam
  4. sy baca artikel ini dgn perlahan2 n teliti utk memahami maksud tersirat...

    BalasPadam
  5. kelebihan helang ialah mata yang tajam setajam kukunya hehehe

    BalasPadam
  6. byk boleh belajar dgn si helang

    BalasPadam
  7. banyak pengajaran kita boleh kutip dari alam sekeliling. perkongsian menarik. terima kasih

    BalasPadam
  8. masa kt kampong dulu sslalu ada helang menyambar ayam.. huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan