Siapa dari kita yang tak kenal minuman Coca Cola? DR boleh andaikan hampir 99.9 peratus penduduk bumi mengenalinya. Ternyata dari minuman tersebut, ada pelajaran yang berguna boleh kita dapatkan. Dalam artikel kali ini, sebagai inspirasi untuk memperbetulkan keperibadian kita, DR akan menceritakan apa pelajaran yang kita boleh dapat daripada minuman Coca Cola.
Minuman Coca Cola?
Coca Cola adalah minuman berkarbonat ( bergas ) berperisa kola yang sangat popular di muka bumi pada ketika ini. Paduan rasa daripada beberapa bahan didalamnya membuatkan orang ramai merasai sensasi yang menyamankan ketika meminumnya, membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai minuman pilihan.
Walaubagaimana pun, minuman ini mendapat kritikan dari badan-badan kesihatan dunia kerana kandungan gula yang terdapat didalamnya. Sepertimana kita sedia maklum bahawa pengambilan gula yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan risiko mendapat penyakit kronik lebih tinggi. Hal ini lah yang terjadi kepada seorang pemuda yang sangat suka malah ketagih dengan minuman tersebut. Cukup setakat itu mengenai minuman coca cola, untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Coca Cola, bolehlah baca di Wikipedia.
Pelajaran Dari Coca Cola
Sebelum melanjutkan kepada inti utama artikel ini, DR ingin anda membayangkan sambil membaca apa yang DR tuliskan. Untuk itu, sedikit eksperiman maya kita lakukan berdasarkan langkah-langkah yang berikut:-
Sediakan 3 botol minuman Coca Cola Yang belum dibuka dan beberapa biji gula-gula mentos
Letakkan label bagi setiap satu botol minuman tersebut dengan abjad A, B, C.
Kemudian buka botol A dan masukkan satu persatu gula- gula mentos tersebut.
Bagi botol B dan C pulak, silakan goncang sekuat hati.
Kemudian buka penutup bagi botol B, sementara itu biarkan botol C tanpa membuka penutupnya.
Apa yang terjadi?
Botol A - Tindakbalas antara gula-gula mentos dan minuman coca cola akan membuatkan buih terbentuk dan semakin banyak mentos yang diisi, maka akan semakin banyak buih yang terhasil sehingga menyebabkan berlaku limpahan pada mulut botol.
Botol B - Goncangan terhadap botol akan menyebabkan buih-buih terbentuk, kemudian selepas botol dibuka, tekanan yang terkumpul didalam botol tersebut akan meletus keluar melalui mulut botol.
Botol C - Seperti botol B, buih juga terbentuk. tetapi selepas ditenangkan beberapa ketika, buih tersebut akan menghilang dengan sendirinya.
Perkaitan Minuman Coca Cola dengan Keperibadian
Botol A mewakili mereka yang berteman dengan orang-orang yang negatif. Ruang keperibadiannya dibuka dengan memasukkan input-input yang negatif yang sangat bertentangan dengan fitrahnya. Yang terjadi adalah letusan perasaan yang membuatkan diri kerugian.
Botol B pulak mewakili mereka yang tidak mampu menjaga peribadi. Diberikan tentangan dan sedikit tekanan lantas membuka ruang untuk memburukkan lagi keadaan.
Bagi Botol C. Bilamana berlaku sedikit tekanan, ia tidak bertindakbalas dengan melulu. Begitulah orang-orang yang sabar. Kesabaran adalah kunci untuk mencapai ketenangan.
Kesimpulan
Mengambilkira analogi diatas, lihat sajalah peribadi kita. Siapa rakan-rakan kita? Adakah rakan-rakan kita adalah seperti gula-gula mentos yang dimasukkan ke dalam Botol A. Yang membuatkan kita berperibadi tidak elok? Tanya diri. Jangan biarkan kita membuka ruang pertemanan dengan mereka yang akan membawa pengaruh negatif terhadap diri kita.
Pernahkah anda melihat situasi ketika berlakunya kemalangan jalan raya yang ringan. Ada pemandu akan cuba menyalahkan kecuaian orang lain berbanding diri sendiri sebagai bentuk pertahanan diri. Bagi mereka yang diberikan tekanan dan mengambil pendekatan seperti Botol B dalam eksperimen kita sebentar tadi. Yang terjadi hanyalah maki-makian, amarah dan pergaduhan di tempat kejadian. Perkara ini banyak berlaku. Malah semakin jelas dengan tindakan orang-orang yang suka memviralkan perkara-perkara sensasi seperti itu.
Sebaik-baik perkara yang dilakukan adalah seperti Botol C. Tetap bertenang. kerana ketenangan akan menjernihkan keadaan. Jadi begitulah dia pelajaran dari minuman Coca Cola. Semoga ada ilmu yang berguna sebagai inspirasi kita untuk memperbaiki keperibadian.
Artikel disediakan oleh:-
Dasir Rounin
Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).
Derma VIA PAYPAL
Bantu berikan derma jika merasa artikelnya bermanfaat. Derma akan digunakan untuk memperpanjang domain www.dasirrounin.com. Terima kasih.
tengah cuba belajar bertenang tenang... agak tak berkenan, block aje. terus tenang, hahaha
BalasPadamWah satu perkongsian yang betul-betul berguna
BalasPadamkene belajar angry management level tinggi nih.. 😅
BalasPadamSetuju. Ketenangan adalah obat mujarab untuk menghilangkan kepanikan.
BalasPadamMendapat pengajaran dan pelajaran baru hari ini.Terima kasih perkongsian
BalasPadamperkongsian yang di luar kotak tapi ada betulnya teorinya tu...
BalasPadamtersirat sungguh ni DR..
BalasPadamammi pernah jadi B.. sikit2 meletus, marah.
sekarang bila usia makin meningkat...cuba utk kawal semua benda. relax, istighfar
analogi yg tepat itu. mujurlah abe kie dah stop minum coca cola n coke skrg...
BalasPadamLebih tenang kalau kita guna botol air mineral aje
BalasPadamsangat deep meaning eksperimen kali ni
BalasPadamSetuju dengan Wak Warisan Petani
BalasPadamDalam ni....
BalasPadam