ุจِุณْู ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู َِู ุงูุฑَّุญِูู ِ
Sajak ringkas ini adalah inspirasi untuk kita sedar dan insaf bahawa Maha Berkuasa akan selalu menegur kita dengan perantara alam untuk kita mencapai keinsafan.
Bila malam mengundang sepi
Bebayu memapah igauanku
Menyelak selembar kenangan
Pada sesaat cuma
Terlalu manis untuk dibuang
Semalam yang hilang
Kembali segar dan mewangi
Sesegar embun pada dedaunan mimpi
Terasa diri serakah
Enggan melepas fajar yang menyinsing
Lalu mentari menampar pipiku
Keangkuhan ku menghilang
Menyentak aku dengan keinsafan
Rupanya aku hanyalah perindu
Yang terusan merindui sesuatu
Sesuatu yang bukan lagi milikku.
Indahnya sajak DR tu..Sangat berbakat..teruskan usaha ya
BalasPadamMenarik sekali puisi ini.
BalasPadamPuitis sekali pemilihan diksinya.
BalasPadambait2 puisi yg puitis..
BalasPadamCikbunga juga suka juga menulis... Laaa nie malas ๐คฃ
BalasPadamTeruskan bekarya๐๐
Semalam jadikan pengajaran
BalasPadamKejarlah esok
wah! Pandai bersajak!
BalasPadamMerindu perkara silam tiada gunanya - saya pandai nasihat orang tapi sendiri pun sama. Haha
BalasPadam