Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan | Punca, Kesan dan Solusi

26 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Postingan kali ini terinsprasi oleh seorang rakan blogger, Sheila Arshad atau lebih dikenali sebagai Kak Ammi melalui tulisan berdasarkan pengalamannya sendiri dalam entry yang bertajuk Outing. Diceritakan oleh beliau mengenai beberapa orang remaja yang berbuat bising didalam sebuah kedai makan dan mengeluarkan kata-kata yang agak kesat dan kasar. Situasi yang boleh membuat pelanggan lain terganggu termasuk Kak Ammi sendiri.

Fenomena pergaulan dengan bahasa yang kasar dan kesat ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak dari gugusan kecil yang bernama institusi keluarga sehinggalah kepada peringkat negara. Sedih saya melihat dan mendengar masyarakat khususnya dari generasi Y dan Z yang berbicara tanpa ada nilai tatasusila yang baik. Perkataan seperti "bodoh, sial dan sundal" seharusnya tiada dalam ucapan seharian  kita. Apatah lagi mengelarkan orang lain dengan menumpamakannya sebagai binatang seperti anjing atau babi.

Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan | Punca, Kesan dan Solusi

Terbuktilah benar kata-kata bekas Perdana Menteri kita, bahawa "Melayu Mudah Lupa". Lupa bahawa salah satu rukun negara kita adalah "Kesopanan dan Kesusilaan". Jadi andai kita mengunakan bahasa yang tidak sopan, adakah kita seorang rakyat yang sesuai berlandaskan rukun yang selalu kita lafazkan suatu ketika dahulu itu? Tanya diri.

Punca Pengunaan Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan

Faktor Dalaman

Apa yang jelas, punca utama berlakunya masalah pengunaan bahasa tidak sopan dan mencarut dalam masyarakat kita adalah bermula dari faktor dalaman iaitu pengaruh dan didikan dalam keluarga. Apa yang dapat saya perhatikan melalui pengalaman sendiri, Ibubapalah yang banyak membentuk peribadi anak-anak itu sendiri. Seperti yang sebelum ini pernah saya katakan bahawa anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih itu coraknya akan bermula di rumah. Peranan Ibu bapa sangat penting mendidik dan mengasuh mereka dengan pengunaan bahasa yang sopan. Bagi mereka yang semenjak kecil diajarkan dengan pengunaan bahasa yang baik, akan sukar untuk menerima malah menuturkan sesuatu yang bersifat tidak sopan. 

Bilamana ibubapa terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing, maka mereka akan cuba menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya tersebut kepada pembantu rumah atau pengasuh. Ini salah, Anak-anak perlu selalu dipantau sendiri oleh Ibubapa. Pemilihan pengasuh yang baik sangat penting kerana hal ini boleh melibatkan masa hadapan anak-anak itu sendiri. Kerana selain ibubapa, mungkin merekalah yang paling dekat dengan anak-anak kita sekaligus akan membentuk emosi dan sikap anak-anak.

Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan | Punca, Kesan dan Solusi 2

Faktor dalaman yang seterusnya ialah media massa iaitu pengunaan gadget dan konsumsi produk digital dikalangan masyarakat kita. Seperti yang kita sedia maklum, kini hampir semua perkara boleh masuk ke dalam rumah kita dengan adanya teknologi internet melalui media-media elektronik. Konten-konten yang kurang berfaedah malah menjebak anak-anak kita ke arah pengunaan bahasa yang tak sepatutnya mudah ditemui di platform sosial seperti facebook, youtube dan tiktok. Terlalu banyak yang konten-konten sedemikan dapat dikonsumsi oleh masyarakat kita melalui medium tersebut. 

Bagi yang dewasa, mungkin sudah sedar akan perkara yang betul dan salah. Tapi tidak bagi anak-anak kita yang baru mula mengenal dunia, masih berdiri diantara tembok pemisah antara yang betul dan salah. Tanpa sedar mereka akan berbicara tanpa tahu akan kesan daripada apa yang mereka bicarakan. Sebab tu sangat penting bagi ibubapa untuk terus mengawal pengunaan gadget dikalangan anak-anak dan terusan mengajarkan kebaikan kepada mereka.

Faktor Luaran

Faktor luaran yang sangat jelas adalah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya adalah yang paling dekat dengan kita selain kaum keluarga. Banyak masa yang dikongsikan bersama. Sebab itu pengaruhnya terhadap perkembangan diri kita adalah sangat besar.  

Saya pernah tanyakan sendiri perkara ini kepada seorang sepupu saya yang pada hemat saya selalu mengeluarkan kata-kata kasar seperti "bodoh, anjing dan setan" bila berinteraksi bersama rakan-rakannya. Beliau sendiri berasa malu untuk menuturkan perkataan tersebut sebenarnya. Namun baginya terasa kurang mesra bila terlalu sopan terhadap rakan-rakannya. Malahan baginya, itu hanyalah satu bentuk gurauan yang mengikat mereka untuk lebih akrab. Kerana sudah terbiasa, maka bagi dirinya dan rakan-rakannya sendiri, perkataan tersebut tidak memberi kesan seperti menghina dan menjatuhkan maruah diantara mereka ujarnya. Walaubagaimanapun, saya sentiasa cuba menasihatinya untuk tidak mengamalkannya.

Pengaruh persekitaran juga mampu menyumbang kepada terjadinya pengunaan bahasa kasar dan kesat ini. Kehidupan dalam komuniti yang berbilang kita tidak terlepas untuk berhadapan dengan pemikiran yang pelbagai. Hal ini berlaku khususnya dalam persekitaran yang kurang menyenangkan. Bahasa-bahasa pengantar yang digunakan dalam sesebuah komuniti itu akan lebih mudah meresap kedalam diri sekiranya terlalu kerap didengari. 

Kesan Pengunaan Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan

Kesan dari pengunaan bahasa yang tidak sopan ini sangat banyak, boleh menjadi barah yang semakin merebak memusnahkan sesebuah bangsa itu sendiri. Pernahkah kita mendengar akan peribahasa "Bahasa Jiwa Bangsa" yang membawa maksud bahawa bahasa itu menjadi satu identiti bangsa tertentu. Kita sudah semestinya tidak mahu bangsa kita sendiri diperlekehkan oleh bangsa lain hanya kerana pengunaan bahasa kita yang tidak sejajar dengan ketamadunan manusia.

Kesan yang seterusnya adalah boleh membawa kepada pergaduhan. Dalam kes sepupu saya yang saya ceritakan sebentar tadi, ya. mungkin dikalangan mereka panggilan-panggilan yang tidak mencerminan kesantunan itu sudah tidak memberikan kesan. Bagaimana pula apabila mereka yang sudah terbiasa menuturkannya, terlepas cakap kepada orang lain? Sudah tentu akan membawa kepada perkelahian yang mungkin berkesudahan tidak baik. 

Hal ini juga memberi kesan jangka masa panjang. Anak- anak yang mempunyai ibubapa yang suka mencarut akan mencontohi pelakuan orang tua mereka sendiri. Kerana kemana jatuhnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Solusi Kepada Permasalahan

Masalah ini perlu diselesaikan. Perkara pertama, ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. Jika dahulu, anak-anak akan dicili mulutnya bila mengeluarkan kata-kata yang mencarut dan tidak baik. Benda ini perlu dikekalkan dan dipraktikkan oleh setiap ibubapa supaya anak-anak akan ingat dan tidak mengulanginya lagi.

Seterusnya, pada peringat persekolahan, pendidik harus memainkan peranan mengantikan peranan ibubapa semasa disekolah. Tindakan perlu diambil kepada pelajar-pelajar yang tidak sopan dalam berbicara. Selain itu, setiap individu itu sendiri harus menunjukkan contoh yang  baik kepada yang lain untuk menjadi ikutan.

Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa tidak semua konten yang ada dalam media masa perlu diserap masuk dalam pemikiran sendiri yang kelak akan membentuk peribadi kita. Semua perkara tersebut harus ditapis sebaik-baiknya. Yang baik kita jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.

Bahasa Kasar dan Kesat dalam Pergaulan | Punca, Kesan dan Solusi 3 

Perlu kita ingat, masyarakat kita terkenal sejak dahulu memang kaya dengan budi bahasa yang menjadi pegangan. Jangan biarkan nilai-nilai murni ini diperjudikan demi kepuasan. Bagaimana kita hendak berhadapan dengan bangsa lain andai bahasa pertuturan kita, kita rosakkan dengan kata-kata yang kurang baik untuk didengari. 

Jadi wajarkah Perdana Menteri berhasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kedua untuk ASEAN seandainya bangsa sendiri hanya tahu untuk mencemarkan pengunaan bahasa dalam pertuturan seharian? Tanya diri sendiri.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

26 ulasan

  1. ya betul...anak-anak ibarat sponge yang resap semua apa yang ada disekeliling dia. so as parents...kita cubalah ubah cara kita bercakap.

    BalasPadam
  2. budak2 sekarang dah hilang segan silu (tak semua)..

    BalasPadam
  3. setuju part rakan sebaya tu. kadang-kadang mak bapak didik elok dah, tapi bila dengan kawan-kawan mencarut tu laju je. bergambar pakai filter, patut bila bercakap pun sama jugak lah, ye tak

    BalasPadam
  4. apa peranan Dewan Bahasa Pustaka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. tu la pasal, agensi berkaitan kena main peranan

      Padam
  5. bahasa jiwa bangsa. jika diajar sejak kecil, pasti remaja skrg x bercakap dgn bahasa kasar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. melentur buluh biar dari rebungnya

      Padam
  6. hmm... bahaya pengaruh rakan sebaya.. pernah sekali ms menunggu anak balik dr sekolah, terdengar perbualan budak darjah 2 atau 3... perempuan... ya ampun... sakit hati dgr bahasa yg diorang gunakan... rasa nk dicili-cilikan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. kebanyakan dari kita punya pengalaman yang lebih kurang sama

      Padam
  7. Budak2 sekarang banyak gunakan bahasa kasar dalam pergaulan seharian mereka

    BalasPadam
  8. saya sedaya upaya untuk elak guna bahasa kesat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita yang cakna akan akibatnya perlu mengelak supaya generasi akan datang lebih baik

      Padam
  9. Kita sebagai ibubapa pun kena cakap benda elok-elok je kat rumah. Kalau anak-anak cakap benda tak elok, tegur la. Tanggungjawap kita untuk mendidik.

    BalasPadam
  10. Kadang2 ada ibubapa yang ajar anak supaya tak menggunakan kata-kata kesat tapi ibubapa sendiri tak ikut apa yang dieorang ajar. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

    BalasPadam
  11. mama sendiri mmg seriau dgr bahasa budak2 sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. kita dapat bayangkan generasi akan datang

      Padam
  12. Artikel yang bagus 👍🏽

    Bahasa adalah cerminan peribadi dan pemikiran seseorang.

    BalasPadam

Catat Ulasan