بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Syukur Alhamdulillah, Aidilfitri 1443 Hijrah dapat kita raikan dalam keadaan yang meriah berbanding 2 tahun sebelumnya. Perlonggaran SOP Covid-19 yang diumumkan pihak kerajaan memberikan makna kepada kita yang meraikannya. Rasanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan:~
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN
Nak dijadikan cerita, dalam kita merayakan aidilfitri, kanak-kanak adalah yang paling riang bergembira. Salah satu sebabnya adalah "duit raya". Dalam tradisi Aidilfitri masyarakat kita, duit raya agak sinonim dengan perayaan tersebut.
Pada penghujung ramadan sering saya mendengar dari kaca tv dan corong radio, selalu diulang-ulangkan nasihat bagi ibubapa janganlah mengajarkan kepada anak untuk meminta-minta. Hal ini kerana banyak keburukan dari perbuatan tersebut, malah dalam agama sangat ditegah perbuatan meminta-minta. Dalam konteks duit raya ini dapat saya simpulkan dalam rangkap pantun yang bebunyi:~
Orang memberi, kita merasa
Orang tak beri , jangan meminta-minta
Baiklah sebagai seorang dewasa yang mempunyai beberapa anak saudara, saya juga tidak terlepas untuk bersama meraikan Aidilfitri dengan menghulurkan "duit raya" kepada anak saudara saya. Dan bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya mengajarkan sesuatu yang berharga untuk mereka ingat sebagai inspirasi dan panduan untuk menjadi manusia.
Saya mempunyai 5 orang anak saudara. Oleh kerana itu saya perlu menyediakan 5 sampul duit raya untuk diagihkan kepada mereka. Seorang anak saudara saya baru dilahirkan pada Ramadan yang lalu. Jadi permainan saya hnya melibatkan 4 orang yang berumur dalam lingkungan 6 - 11 tahun. Dalam saya menyediakan sampul duit raya yang berbentuk serupa, pengagihan duit di dalamnya adalah seperti berikut:~
- Sampul Pertama - RM4
- Sampul Kedua dan Ketiga - RM2
- Sampul Keempat - 0
Duit raya dah jadi kemestian bagi anak2
BalasPadamselamat hari raya, maaf zahir dan batin!
BalasPadamsy memang menyediakan sedikit peruntukan kpd cucu2 saudara aje. anak2 sedara dah besar n bekerja belaka. semua dpt nilai yg sama kecuali yg OKU tu sy bagi lebih sikit...
BalasPadamnak jadi cucu Abam Kie la juga..hihihi..
Padam