Gajah Sembunyi Di Sebalik Pokok | Hukum Alam

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Artikel kali ini yang bertajuk Gajah Sembunyi Di Sebalik Pokok, saya ingin bercerita mengenai satu hukum alam yang banyak terjadi dalam masyarakat kita yang kadangkala berakibat fatal. Sebelum tu biar saya ceritakan inspirasi saya untuk artikel kali ini.

Beberapa hari lepas saya terjumpa sebuah video teka-teki antara seorang lelaki dan seorang wanita. Teks perbualan mereka adalah seperti yang berikut:-

si Wanita : You know why  you never see an elephant hiding in a tree?
si Lelaki : Urmm..no idea.
si Wanita : Coz they're very good at it....
si Lelaki : Lol..
si Wanita : Why do elephant paint thier ball red?
si Lelaki : Ha?
si Wanita : So they can hide in cherry tree..
si Lelaki : Hurmmmm...
si Wanita : What is the loudest sound in the forest?
si Lelaki : What?
si Wanita : Giraffes eating cherries.

Gajah Sembunyi Di Sebalik Pokok | Hukum Alam

Video ini saya tonton dua kali baru faham dan memang lucu. Terdapat maksud tersirat yang dapat kita kaitan dengan keadaan masyarakat kita kini. Dalam perbualan tersebut, dapat kita cernakan bahawa si Gajah cuba membuat sesuatu yang aneh demi mencapai matlamatnya

Hukum alam, sebab dan akibat. Perbuatannya tersebut menjadi sebab kepada terjadinya bunyi kuat (akibat) di dalam hutan. Kerana "anunya" yang telah dicatnya warna merah untuk bersembunyi di pohon ceri telah disalahfahami oleh Zirafah sebagai buah ceri. 

Walaupun cerita ini adalah sangat tidak logik (lucu..). Tapi kita dapat mengambil sedikit pengajaran. Dan perkaitannya dengan keadaan semasa, tahukah anda, dilaporkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia bahawa sebanyak 807 kemalangan jalan raya di Malaysia melibatkan kesalahan pemanduan kenderaan melawan arus sejak Januari 2021. 29 kes maut, 17 kes cedera parah, 49 kes cedera ringan dan 712 kes hanya melibatkan kerosakan kenderaan.

807 kemalangan libat pandu lawan arus sejak Januari Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163847/BERITA/Nasional/807-kemalangan-pemandu-lawan-arus-direkodkan-sejak-Januari © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Perkara ini terjadi adalah kerana tindakan bodoh sesetengah pihak demi mencapai matlamat yang telah berakibat fatal. Cuba kita bayangkan kita berada dalam posisi mangsa atau keluarga mangsa yang terjadi akibat tindakan pihak tak bertanggungjawab tersebut. Sungguh menyedihkan. 

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 41 hingga 45 untuk kesalahan dibawah pengaruh alkohol, dadah dan secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan maut untuk tiga komponen iaitu kadar denda, hukuman penjara dan tempoh pengantungan lesen memandu sangatlah wajar.

Sekiranya pindaan ini tidak mampu mengekang kadar kes kemalangan berkaitan di masa hadapan, tindakan lebih tegas harus diambil oleh Pengubal Dasar agar mampu memberikan kebaikan kepada semua penguna jalan raya.  

Berbalik kepada Hukum Alam (Sebab dan Akibat). Sama-samalah kita sentiasa beringat bahawa tindakan kita akan memberikan kesan yang signifikan kepada diri dan orang lain. Jadi sentiasalah berhati-hati dalam apa juga tindakan kita.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Tindakan yang salah akan memberikan akibat buruk kepada pelaku dan orang lain juga.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. ya.. tu la pasal.. kena ada tindakan drastik dari pihak berwajib.

      Padam

Catat Ulasan