Bongkar Akhlak Seseorang Dengan Duit

Catat Ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Duit adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan kita. Duit digunakan untuk urusan jual beli. Tahukah anda duit juga boleh digunakan untuk mengetahui akhlak sebenar seseorang itu. Ya, kali ini kita akan menghuraikan bagaimana cara untuk menbongkarkan beberapa sifat sebenar seseorang itu dengan mengunakan Duit.

Bongkar Akhlak Seseorang Dengan Duit

Berikut adalah akhlak seseorang yang boleh dibongkar dengan duit:-

Sifat Kejujuran

Sekiranya anda ingin mengetahui kejujuran pada seseorang itu, berikan sejumlah duit/wang untuk dikelolanya. Lihat bagaimana jujurnya beliau dalam menguruskan duit tersebut. Contoh mudah, anda boleh melihat sifat kejujuran seseorang budak itu dengan menyuruhnya membeli barang. Sekiranya jujur, wang kembalian akan dia berikan kembali kepada anda.

Menepati Janji

Sekiranya anda ingin mengetahui seseorang itu jenis yang menepati janji, pinjamkan dia wang dengan memberikan tempoh masa tertentu untuk membayarnya. Seseorang yang menepati janji akan berusaha sedaya upaya untuk membayar balik wang yang anda pinjamkan sebelum, atau semasa tarikh yang dijanjikan. Ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Malah lebih teruk lagi sehingga terjerumus dengan Ceti Haram  (Along)  yang memberikan mudarat kepada Si Peminjam.

Penyayang dan Empati

Sekiranya anda ingin mengetahui samaada seseorang itu penyayang dan berempati, cuba minta bantuan kewangan darinya. Dalam situasi tertentu yang memungkinkannya untuk memberi bantuan, seseorang yang penyayang dan berempati akan memberi bantuan kepada anda tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan. 

Kezaliman

Sekiranya anda ingin mengetahui kezaliman dalam diri seseorang itu, cuba bekerja dengannya. Lihat bagaimana caranya menghargai anda. Perangai sebenarnya akan ditunjukkan saat membayar upah. Orang yang zalim akan memberikan bayaran yang tidak setimpal dengan apa yang anda kerjakan. 

Jadi, begitulah 4 sifat yang boleh anda korek dari dalam diri seseorang itu dengan mengunakan unsur duit. Selamat bereksperimen.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan