Ketika Dia Menegurmu | Sajak Buatmu

1 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Sajak ringkas ini terinspirasi dengan keadaan kita pada ketika ini yang menuntut ketakwaan kepadaNya. Mari kita baca dan hayati bersama.

Ketika Dia Menegurmu | Sajak Buatmu

Ketika Dia menegurmu,
Nyatalah dalam keabdian
Kau tak berdaya.

Ketika Dia menegurmu,
Dengan Bala berjangkit,
Disiplin diri jadi perkiraan,
Tabiat lama diubah.

Ketika Dia menegurmu, 
Dengan bala bencana,
Kau bukan siapa-siapa.

Ketika Dia menegurmu,
Dengan pimpinan yang lemah,
Bangkitlah sebagai kuasa,
1..2..3.. dan seterusnya,
Gapai impian nusa bangsa.

Ketika Dia menegurmu,
Kau tak akan terlepaskan.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

1 ulasan

  1. Mudah cara tegurannya.. harap diri diperbaiki setiap hari

    BalasPadam

Catat Ulasan