Biasa Bagi Anda, Menakjubkan Bagi Orang Lain

Catat Ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Tajuk kali ini, "Biasa bagi anda, Menakjubkan bagi orang lain" pertama kali saya dengar melalui video youtube Ali Abdaal. Beliau memetik sebuat artikel yang ditulis oleh Derek Sivers ketika bercerita mengenai suatu pengalaman beliau sendiri.

Dalam video tersebut, Ali menceritakan bahawa dia selalu merasa suatu perasaan yang membuatnya seolah-olah tidak berkelayakan untuk melakukan hal-hal yang dilakukannya. Perasaan tersebut lebih dikenali sebagai Imposter Syndrome.  

Biasa Bagi Anda, Menakjubkan Bagi Orang Lain

Sekitar akhir tahun 2020, dalam sebuah kursus online yang dikelola olehnya, Part-Time Youtuber Academy, beliau hanya menjangkakan penyertaan kurang dari 10 orang. Yang terjadi adalah sebaliknya. 350 penyertaan diterima. 350 orang ingin mendengarnya berbicara mengenai "Cara Menjadi Seorang Youtuber?". Disitulah terdetik dalam hatinya untuk merasa Imposter Syndrome

"Apakah saya layak untuk berbicara mengenai hal ini?"

Hal ini terjadi kerana, beliau maklum bahawa terdapat ramai youtuber yang mempunyai jumlah pengikut lebih banyak berbanding dirinya. Dan informasi yang beliau ingin sampaikan adalah hasil daripada pengetahuan yang beliau pelajari dari orang lain melalui internet. Jadi beliau merasa tiada sesuatu yang baru dan menarik untuk beliau sampaikan kepada 350 peserta tersebut. Dan beliau merasa perkara yang akan beliau sampaikan itu adalah terlalu umum untuk diketahui.

Yang terjadi adalah sebaliknya. Ketika kursus online tersebut berjalan langsung, berliau terkejut dengan komen-komen para peserta diruangan live chat. Banyak peserta merasa bahawa pelajaran yang Ali berikan dalam kursus tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan menarik. 

Itulah yang terjadi dalam hidup kita. Umpama sebuah sumpahan dalam pengetahuan. Apabila kita sudah mengetahuinya, ianya terlihat biasa bagi kita. Tetapi bagi mereka yang belum maklum mengenai hal tersebut, ianya adalah sesuatu yang menakjubkan.

Sebab itu penting bagi kita bila merasai Imposter Syndrome untuk ingat bahawa;

Biasa Bagi Kita, Menakjubkan Bagi Orang Lain


Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan