بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Kehidupan ini adalah tafsiran seperti sehelai kertas putih. Cuba ambil sehelai kertas putih dan pensil lalu letakkan di atas meja makan anda. Kini anda ada dua pilihan samaada, menulis/melukis sesuatu di atsa kertas putih tersebut ataupun anda membiarkannya sahaja dia atas meja tanpa mengusiknya.
Dengan menulis/melukis sesuatu keatas, andalah yang mengawal takdir kertas putih tersebut. Tulisan/lukisan padanya akan mengambarkan sesuatu yang mewujudkan keberadaannya diatas meja tersebut. Membuatnya berharga atau tidak.
Namun, jika pilihannya adalah membiarkannya tak terusik diatas meja. Yang terjadi adalah ia akan kekal putih untuk suatu masa tertentu (comfort zone), sehinggalah ada unsur lain yang akan mempengaruhinya. Boleh jadi, ia akan ditumpahi dengan kopi, atau terpercik kicap soya. Dan tidak mustahil juga dengan keadaan sekeliling akan membuatkan warna putih tersebut memudar.
Lalu apa kaitan dengan kehidupan? Begitulah kehidupan. Seperti kertas putih tersebut. Kehidupan adalah pilihan. Anda ingin mencorak kehidupan anda sendiri atau membiarkan unsur lain mempengaruhi kehidupan anda. Semua itu terpulang kepada anda sendiri. Yang pasti unsur-unsur lain akan terus mengintai peluang untuk masuk dalam kehidupan anda. Jadi apa pilihan anda?
Plot twist: Andainya kertas putih itu adalah sesuatu yang bersifat "kalis segala unsur",tidak mudah untuk dicemari dengan sebarang kotoran? Namun,apakah ada kehidupan yang sempurna?😉
Sumber gambar: unsplash.com / pexel.com
Catat Ulasan
Catat Ulasan