Kisah Anomali NFT | Ghozali Everyday

3 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Beberapa hari kebelakangan ini kita selalu disajikan dengan satu perkataan iaitu NFT. Untuk artikel kali ini saya akan berkongsi mengenai sebuah kisah anomali yang terjadi di negara jiran yang berakibat dari NFT iaitu kisah mengenai Ghozali Everyday.

Pertama kali saya mendengar mengenai NFT adalah pada sekitar bulan Oktober tahun lepas. Dengan rasa antusias yang memuncak saya cuba untuk mencari maklumat lanjut mengenainya sehingga saya berjaya menghasilkan NFT saya sendiri.

dasirrounin_nft

Namun, kisah saya dan NFT terhenti buat seketika kerana kesibukan menjalani kehidupan nyata. Baiklah, cukup disini cerita mengenai saya dan NFT. Kembali kepada tajuk kita.

Apa itu NFT?

Okey, untuk lebih mudah faham, anggapkan anda ada satu barang yang paling unik. Barang tu hanya ada pada anda seorang sahaja. Tiada yang lain selainnya. Lalu barang tu anda jual kepada seseorang dengan harga tertentu. Kemudian ada orang lain membeli barang tu dari pembeli yang pertama tadi, dan sudah tentu harganya lebih mahal kerana nilai estetikanya yang menjadikannya unik terus menerus membuatkan orang lain tertarik untuk membelinya sehingga nilainya terus bertambah dan bertambah.

dasirrounin_nft 2

Merujuk kepada analogi di atas barang yang unik tersebut adalah NFT yang mana lebih tepatnya adalah sebagai sebuah aset digital. NFT adalah singkatan bagi Non-Fungible Token atau dalam bahasa melayunya adalah token yang tidak boleh ditukarganti. Pada ketika ini, NFT lebih kepada aset digital dalam bentuk ilustrasi,musik dan game. 

Satu yang menjadikan NFT popular pada ketika ini adalah keupayaan untuk memiliki sesebuah karya digital itu dengan selamat tanpa keraguan untuk di ciplak pihak tidak bertanggungjawab dan nilainya sebagai satu aset pelaburan. Semua ini terjadi atas penerapan teknologi blockchain yang mampu menjadikan seseorang itu sebagai pemilik tunggal kepada aset digital terrsebut.

Apa itu Ghozali Everyday?

Baiklah. Ghozali Everyday adalah satu daripada sekian banyak yang cuba memanfaatkan peluang yang terhidang daripada kemunculan konsep NFT ini. Ghozali Everyday adalah himpunan gambar selfie seorang pemuda dari Indonesia bernama Sultan Gustaf Al Ghozali yang diambil hampir setiap hari dari tahun 2017 sehingga tahun 2021. Gambar selfie tersebut diperdagangkannya sebagai NFT di market terbesar NFT iaitu Opensea.io dan hasilnya booming. Sehingga ke hari ini, diperkirakan hampir 2 Milyar Rupiah atau lebih dari RM500,000 berjaya dihasilkannya melalui Ghozali Everyday. 

dasirrounin_nft ghozali

Kenapa kisah ini adalah anomali?

Ghozali Everyday adalah sebuah keanehan yang berlaku kerana beberapa faktor. Namun tidak dapat disangkal bahawa sebenarnya semua berbalik kepada konsep rezeki. Walaubagaimana pun ingin saya nyatakan disini kenapa kisah ini adalah anomali.

Beliau sendiri tidak pernah menyangka bahawa gambar selfienya itu akan terjual seperti ini. Dalam wawancaranya bersama Deddy Corbuzier, beliau sendiri ada menyatakan, tindakannya untuk memasukkan foto selfinya itu ke Opensea adalah sebagai jenaka semata-mata dan terkejut apabila ada yang membelinya.

Untuk pengetahuan, beliau bukanlah orang pertama yang mempunyai rencana untuk mengabadikan gambar sehari-hari. Malah di Malaysia ada seorang blogger yang lebih mesra di kenali sebagai Uncle Gedek memotret gambar dirinya dengan pelbagai background berbeza sehari-hari sejak tahun 2009. Menurut beliau, terdapat beberapa orang lagi yang diketahui berbuat sedemikian antaranya Noah Kalina, Jonathan Keller, Dan Hanna dan Hugo Cornellier.

dasirrounin_nft uncle gedek

Hugo Cornellier sendiri ada memuat naik sebuah video di channel youtubenya beberapa hari lepas sebagai respon kepada orang ramai yang bertanya adakah beliau juga akan mengikuti jejak langkah Ghozali. Dalam video yang sama beliau menghubungi Ghozali untuk mengucapkan tahniah dan tidak menyangka bahawa Ghozali sebenarnya mendapat inspirasi untuk selfie sehari-hari adalah melalui videonya. Saya sebagai salah seorang peminat blog Uncle Gedek juga mengharapkan beliau mengNFTkan karya "masterpiecenya" selama ini. 

Selain daripada itu para pembeli melihat karya Ghozali ini ada nilai sebagai satu aset pelaburan untuk satu jangka masa. Sebab itulah Ghozali Everyday mampu menjadi standard untuk cuba dicapai oleh orang kebanyakan yang berlumba-lumba menghasillkan NFT. Namun perkara itu tidaklah semudah yang disangka, Walaubagaimanapun tiada yang mustahil dalam kita menuju dunia Web 3.0.

Jadi dalam kita mendepani teknologi yang semakin maju. Tatkala semua benda dapat diperdagangkan dengan mudah melalui pelbagai konsep. Bersediakah kita merebut peluang yang sentiasa akan terhidang? Semoga saja.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

3 ulasan

Catat Ulasan