Suami Miskin, Isteri Cantik | Kisah Tentang Pengorbanan

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Kita selalu dengar suami hodoh, isteri cantik atau isteri hodoh suami kacak. Tajuk ni lain macam pulak. Mari ikuti kisah tentang pengorbanan ni. Ini kisahnya:-

dasirrounin - suami miskin isteri cantik

Seorang lelaki miskin mempunyai isteri yang cantik. Isterinya itu mempunyai rambut yang panjang  dan cantik menghitam. Suatu hari, sepit rambutnya patah dan beliau memerlukan yang baru untuk penjagaan rambutnya.

"Abang, boleh tak abang belikan saya penyepit rambut yang baru?"Tanya si Isteri.

Dengan berat hati si Suami menjawab, 

"Maaf, sayang. Nak baiki jam saya yang rosak ni pun saya tak mampu sekarang" sambil menunjukkan jam tangannya yang rosak.

Keesokan paginya, dalam perjalanan ke tempat kerja, beliau ternampak sebuah kedai membaiki jam. Tiba-tiba beliau terfikir,

"Bagaimana kalau aku jual saja jam ini, untuk sedikit wang yang dapat aku gunakan untuk membeli penyepit rambut isteriku" detak hatinya sambil memandang jam tangannya yang rosak masih terikat di pergelangan tangannya.

Beliau pun menjual jam tangan itu dan membeli sepit rambut untuk isterinya. Sekembalinya ke rumah di petang hari. Beliau terkejut memandang isterinya dengan rambut yang pendek.


https://unsplash.com/photos/H4W4MfoU1tI


"Abang, tadi saya pergi ke salun, dan menjual rambut saya yang panjang itu untuk dijadikan rambut palsu. Ini saya ada belikan abang jam tangan baru."kata si Isteri tersenyum.

Mata Sang Suami berkaca mendengar kata-kata isterinya itu lalu menghulurkan sepit rambut yang dibelinya tadi. Mereka berdua berpelukan kegembiraan mendapat hadiah.

Pengajaran dari kisah ini :-

  • Kecantikan dan harta benda tidak akan berkekal lama. 
  • Kasih sejati itu adalah tentang pengorbanan
  • Apa yang anda beri akan anda dapat kembali.

Jadi. Ambillah pengajaran dari kisah ini dalam menghargai pasangan masing-masing. Agak-agak baki duit jual jam dan rambut tu, suami isteri ni beli apa ye?

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

Catat Ulasan