Pengajaran Dari Cerita Pendek I Love Your Wife (Youtube)

Catat Ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Cerita- cerita pendek selalu mewarnai Youtube. Padat dengan pengajaran yang berguna untuk panduan menjadi manusia yang terbaik. Kali ini saya ingin menulis berkenaan sebuah cerita Pendek dari India yang bertajuk "I Love Your Wife". Tajuknya agak sedikit tricky, begitu juga dengan ceritanya. 

Baiklah, sebelum saya menulis lebih lanjut, adalah sangat baik rasanya anda menontonnya terlebih dahulu agar saya tidak spoil mood anda untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cerita pendek ini:

Tonton disini:-


Iklan Klikjer

Baiklah. saya mengandaikan anda sudah menonton cerita pendek ini. Pertama sekali anda mungkin merasa puas hati dengan endingnyakan? Ya, itulah juga yang saya rasakan. 

"I Love Your Wife" ini mengisahkan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Mohit (Bapa), Sheela (Ibu) dan Shreya (Anak) terganggu dengan sebuah sosok misteri yang bernama Poruhit. Poruhit membayangi kehidupan Mohit sebagai seorang yang lebih menyayangi Sheela sehingga menyatakan kepada Mohit bahawa dia ingin meluangkan masa bersamanya.

Bagi seorang tidak dikenali, ungkapan "I love your wife more than you" dan "I have to spend some time with her alone" adalah sesuatu yang boleh membangkitkan amarah. Itulah antara perkataan dari Poruhit kepada Mohit semasa mereka bertemu di tandas restoran. Walaubagaimanapun, Mohit berjaya menahan dari berbuat sesuatu dengan akal yang sihat.

Mohit berasa stress dengan keadaan tersebut, namun kasihnya terhada Sheela dan kepercayaan yang diberikannya mengatasi segalanya. Mungkin saja sekiranya beliau tidak mengendalikan amarahnya dengan baik seperti Anak Muda dalam cerita Benamkan Paku Ke Pokok, plot akan berbeza.

Akhir cerita, terungkaplah identiti sebenar siapa Poruhit. Beliau sebenarnya adalah Ayah kepada Sheela yang selama ini menghilang dan ingin kembali menebus kesilapannya dalam sisa-sisa akhir hidupnya. Beliau juga bertindak untuk menguji sejauh mana cinta Mohit terhadap anaknya dengan membuat provokasi terhadap Mohit. 

Pengajaran Dari Cerita Pendek ini :-

  1. Jangan cepat menilai dan membuat asumsi tanpa menyelidiki.
  2. Ikatan perkhawinan yang didasari kepercayaan tidak mudah diganggu gugat
  3. Hargailah keluarga anda.
  4. Ungkapan maaf sangat penting dalam perhubungan.

Apa perasaan anda, sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti yang dihadapi oleh Mohit semasa berada ditandas tu? Kongsikan di ruangan komen.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan