Goal Aguero (93:20) | Kebangkitan Manchester City

Catat Ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Goal Aguero (93:20) adalah "one moment in time" yang pernah terjadi dalam diri saya dan akan saya kenang sampai bila-bila sebagai salah seorang peminat pasukan bola sepak Manchester City.  Momen ini berlaku hampir 10 tahum silam. Ini pengalaman saya:

https://www.mancity.com/news/club-news/club-news/archive/2012/may/city-in-2012


13 Mei 2011, Jam 11 anda di mana? Mungkin waktu tu anda berada di atas tilam anda sedang bersedia untuk tidur, ada yang mungkin sedang belajar, atau masih bekerja . Saya? di ruang tamu, di hadapan television (tv). Menonton sendirian . MC VS QPR tertulis di pojok atas sebelah kanan tv. Sebagai peminat kelab Manchester City, #CTID. Saya sememangnya amat berharap Manchester City akan menjulang tropi Liga malam tu. Tapi saya sungguh tak sangka sebegitu dramatik akhir "cerita" perlawanan malam tu. Serba sedikit kronologinya,

Manchester City vs Queen Park Ranger

Manchester City turun dalam perlawanan terakhir musim 2011/2012 sebagai pendahulu liga yang dipisahkan dengan Manchester United (MU) hanya dengan jumlah jaringan selepas terikat dengan jumlah mata yang sama iaitu 86 mata. Manchester United yang menentang Sunderland malam tersebut sudah diyakini akan membawa pulang 3 mata. Manchester City perlu menang dalam perlawanan malam tu untuk menjulang kejuaraan. Queen Park Ranger (QPR) yang dimiliki oleh Usahawan Malaysia, Tony Fernandes pada malam itu terancam untuk jatuh ke liga Championship kerana hanya 2 mata membezakannya dengan Bolton Wanderers yang berada di tangga ke-18.

Manchester City bermula garang

Sejak dari wisel ditiupkan, Manchester City yang turun dengan barisan terkuatnya ketika itu berusaha untuk menjaringkan. Dengan formasi bertahan yang ditunjukkan oleh QPR, agak susah untuk ditembusi sehinggalah umpanan dari Yaya Toure berjaya disudahkan oleh Pablo Zabaleta dengan rembatan deras kaki kanan. Peminat MC semua kegirangan, termasuk saya yang menonton sendirian.

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.mancity.com%2Fcitytv%2Fmatch-highlights%2F2012%2Fmay%2Fcity-v-qpr-extended-highlights&psig=AOvVaw0n6yffC_Gtx-ZMc0PWmyeY&ust=1605692813408000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIiuo4emie0CFQAAAAAdAAAAABAJ

Manchester City buntu

Selepas goal tersebut, Manchester City buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. Yaya Toure yang cemerlang mengawal "tengah" dalam perlawanan tu terpaksa direhatkan dan digantikan dengan Nigel De Young selepas mengalami kecederaan.

Bermulanya Drama.

Minit ke 48, Djibril Cisse menjaringkan goal selepas Joleon Lescott tidak dapat mengawal bola dengan baik. Sungguh berita gembira bagi MU dan QPR . Sebelum jaringan ini, QPR telah jatuh ke tangga ke-18, selepas Bolton mendahului Stoke City (1-2)di Stadium Britannia . Jaringan tersebut juga menjadikan kedudukan seri di Stadium Etihad ketika itu melonjakkan MU ke tangga teratas selepas mendahului Sunderland seawal minit ke 20 melalui jaringan Wayne Rooney.

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.telegraph.co.uk%2Fsport%2Ffootball%2Fteams%2Fqueens-park-rangers%2F11594538%2FJoey-Barton-hits-out-at-bad-eggs-in-QPR-dressing-room.html&psig=AOvVaw2IO8_H3OoGW3n8x8T78hoV&ust=1605692119107000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCOj74LWjie0CFQAAAAAdAAAAABAJ

Cerita Semakin Panas

Minit ke 54, Terjadi percakaran antara Carlos Tevez dan Joey Barton. Dalam wawancaranya, Joey Barton menjelaskan bahawa Carlos Tevez bertindak menumbuknya namun tiada siapa yang nampak. Apabila mendapat peluang dan merasa tiada yang melihat, beliau pun menyiku Tevez sehingga jatuh. Penjaga Garisan iaitu Andy Garratt mengangkat bendera. Perlawanan dihentikan,  Aguero meluru ke arah Pengadil, Mike Dean sambil berkata "Dia menyikunya, Dia menyikunya". Oleh kerana pada masa tersebut, VAR masih belum digunakan, Mike Dean pun cuba mendapatkan maklumat dari Andy Garratt berhubung insiden yang terjadi. Selepas itu Barton dilayangkan kad Merah.

Minyak Yang Panas Dicurahkan Air

Keputusan seri sebenarnya sudah memadai bagi QPR untuk terus kekal di Liga Perdana. Jadi, selepas dilayangkan kad merah, Barton dihasut oleh Bobby Zamora untuk "take one with you". Apa yang terjadi seterusnya, Barton menendang kaki Aguero. Semakin kecoh. Namun tindakan tersebut tidak memberikan impak kepada MC kerana Aguero tidak mengalami kecederaan. Dengan keputusan semasa, QPR cuba bertahan dengan membawa masuk pemain tengah , Armand Traore mengantikan pemain penyerang mereka yang menjaringkan goal penyamaan iaitu Djibril Cisse.  Serangan demi serangan dari MC buntu lagi sehingga membuka peluang kepada  QPR untuk kembali menyerang. Dan hasilnya, QPR mendapat lagi jaringan melalui tandukan Jamie Mackie selepas diberikan hantaran cantik oleh pemain yang baru masuk.

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.90min.com%2Fposts%2F3267670-galatasaray-diviso-tra-dzeko-e-balotelli-la-roma-aspetta&psig=AOvVaw3_bxqWuNmVAK5omA0-5Oq6&ust=1605692231202000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCPDf3fWjie0CFQAAAAAdAAAAABAP


Tukar Taktikal

Tidak mahu menyerah, Roberto Manchini  selaku pengurus MC menukar taktikal dengan memasukkan dua orang penyerang yang tinggi iaitu Edin Dzeko dan Mario Balotelli yang mana masing-masing mengantikan Gareth Barry dan Carlos Tevez. Kini MC dijana dengan 3 orang penyerang. 

Pengakhiran Yang Epik

5 minit masa tambahan selepas 90 minit berakhir. Serangan MC diteruskan sehinggalah tendangan penjuru dari David Silva berjaya ditanduk dengan baik oleh Edin Dzeko untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 91. Seolah-olah sudah berakhir, sebahagian penyokong sudah meninggalkan Stadium. Layar TV terbahagi 2. Memperlihatkan dua situasi yang berbeza. MU sudah menang menentang Sunderland dan menanti keputusan di Etihad, sementara MC masi terus berjuang.Tidak lama kemudian minit ke 93. Pengakhiran yang epik berlaku. Sebenarnya sehingga ke hari ini, masih lagi terngiang-ngiang di telinga ulasan ikonik dari Martin Tyler seperti yang berikut ini:-

        "Manchester City are still alive here.. Balotelli..."

Penyokong di stadium berdiri, saya dirumah fokus, tangan digenggam menanti dan mengharapkan..

        "Agueroooooooooo...."teriak beliau. Stadium Etihad gamat dengan sorakan peminat. 

Selapas menarik nafas panjang beliau menyambung lagi:-

         "I swear you will never see anything like this ever again".

Dapat saya rasakan aura keriangan sebagai penyokong Manchster City. Sehingga ke hari ini, masih jelas terbayang, apa yang berlaku malam itu. Senang dengan pengakhiran cerita yang baru ku tonton. Sekeliling ku ketika itu, krik krik. Sebenarnya jam sudah menghampiri 2 pagi. Saya pun tidur dengan tersenyum kepuasan. Ohya. Pada musim tu QPR tidak jatuh ke Liga Championship kerana perlawanan Stoke dan Bolton berkesudahan seri 2-2 dan QPR kekal di tangga ke 17.

Kini Manchester City telah bangkit sebagai satu pasukan yang disegani. Kelab ini ada membuat dokumentari mengenai momen yang epik ini. Dokumentari ini melibatkan media, pemain dan penyokong. Anda  boleh menontonnya d channel Youtube ManCity 

 

Pengajaran dari cerita ini:-

  • Jangan putus asa, teruskan perjuangan.
  • Berjuanglah hingga ke saat terakhir.
  • Untuk menang, orang akan buat apa saja walaupun melanggar peraturan.
  • Fahami keadaan, dan beradaptasi dengan baik.




Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan