بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Sejak dari kecil, admin berminat dengan reka bentuk. Mudah tertarik dengan reka bentuk menarik yang ada disekitar. Bila dikeliling dengan alam, pokok-pokok yang menghijau, buah yang ranum, bunga yang pelbagai warna, tanah yang subur. Bila berkunjung ke rumah orang, selalu akan "mencuci mata" melihat kecantikan susur atur dalaman rumah yang selalu mempersona. Bila berada di bandar, dapat melihat seni bina bangunan yang estetik dengan sifat kejuruteraan yang terbaik. Akan selalu timbul rasa syukur dikurniakan anugerah penglihatan sehingga mampu menikmatinya.
Dari itu timbul ketertarikan untuk terus menciptakan keabadian untuk kepuasan dengan keupayaan yang bukan biasa-biasa.
Sketchup 3D Modelling.
Bermula dari hari ini, admin akan cuba untuk menghasilkan model-model 3 dimensi mengunakan aplikasi Sketchup yang diharapkan mampu memberikan inspirasi kepada sesiapa saja yang berminat. Tulisan kali ini hanyalah sebagai permulaan dan pengenalan. Semoga admin akan dapat konsisten untuk menghasilkan model-model tertentu yang bermanfaat.
Catat Ulasan
Catat Ulasan