Disini Ada Jual "Tuhan"? | Pertolongan Allah Untuk Yang Berusaha

2 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Pertolongan dari Allah itu adalah bagi mereka yang berusaha. Ikuti cerita ini:-

dasirrounin- poster disini ada jual tuhan


Suatu hari di sebuah pekan kecil, seorang budak lelaki berumur 6 tahun mendatangi sebuah kedai runcit sambil mengenggam 2 keping syiling 50 sen dan bertanya kepada pemilik kedai.

"Assalamualaikum. Di sini ada jual tuhan?".

Menyangka bahawa pertanyaan budak lelaki itu adalah satu gurauan, lelaki muda yang merupakan pemilik kedai tersebut senyum dan berkata "Tiada, dik". Budak tersebut pun berlalu pergi. Sepanjang hari itu, budak lelaki tersebut keluar masuk beberapa kedai dan menanyakan pertanyaan yang sama. Namun, jawapan yang selalu dia dapatkan ialah "tiada". 

dasirrounin- pekan kecil

Gigih untuk terus mencari, sampailah budak tersebut di sebuah kedai serbaneka 24jam. Budak tersebut masuk dan terus menuju ke arah kaunter lalu bertanya kepada seorang wanita yang berdiri di sebalik kaunter. Pertanyaan yang sama. Belum sempat wanita tersebut menjawab, seorang lelaki tua berkaca mata tebal yang berdiri di sampingnya berkata.

"Nak, kemari. Ceritakan kepada ku kenapa kau hendak membeli tuhan?" 

Sudah hampir 20 kedai yang dimasukinya, baru kali ini beliau mendapat pertanyaan sedemikian. Dengan teruja sehingga matanya berkaca hampir menitiskan air mata, budak lelaki tersebut pun mula bercerita.

Beliau membuka cerita dengan kematian ibubapanya sewaktu beliau masih kecil kerana mengalami kemalangan. Dan sejak daripada itu beliau dijaga oleh adik kepada bapanya. Pak ciknya berkerja sebagai buruh binaan. 3 hari yang lepas, pak ciknya itu terjatuh daripada scaffolding dan koma. Doktor yang merawat pak ciknya tersebut berkata, hanya tuhan yang mampu menyelamatkan pak ciknya itu. Mengetahui hal itu, beliau pun mula mencari tuhan. Dengan yakinnya, budak tersebut berkata.

"Andai saja saya dapat membeli tuhan, dan memberinya kepada pak cik saya. Tentu beliau bakal sembuh"

Selepas mendengar cerita dari anak kecil itu, lelaki tua bertanya lagi.

"Berapa duit yang kamu ada?"

Budak kecil itu mengulur tangannya yang berisi 2 keping wang syiling 50sen. Lelaki tua tersebut mencapai sebuah minuman  bertulis "nikmat tuhan" dari peti sejuk dan memberikannya kepada anak kecil tersebut dan berkata.

"Nak, ambil minuman ini, ianya bernilai seringgit. Bawalah kepada pak cik mu. Bila dia meminumnya, In Syaa Allah, dia akan sembuh"

dasirrounin - lelaki tua

Dengan perasaan gembira, anak kecil itu pun mengambil minuman tersebut dan terus pergi ke hospital. Masuk ke dalam wad, dimana pak ciknya dirawat, Anak kecil itu menunjukkan kepada pak ciknya apa yang dia temukan. Sambil berkata,

 "Pak cik, ini saya bawakan tuhan, kamu akan sembuh!". 

Doktor dan jururawat yang kebetulan berada di situ, berasa simpati melihat kelakuan anak kecil tersebut. Sementara, pak ciknya yang terbaring koma mengalirkan air mata.

Keesokkan harinya, sekumpulan pakar kesihatan datang ke pekan tersebut. Lengkap dengan peralatan moden, mereka melakukan pemeriksaan terhadap pesakit yang koma di hospital pekan kecil tersebut. Pak cik kepada budak kecil itu merupakan salah seorang pesakit yang diperiksa dan diubati. Berkat pertolongan daripada pakar tersebut, tidak lama kemudian pak cik kepada budak kecil itu sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital. Namun beliau sungguh terkejut melihat bil yang perlu dibayar selama beliau dirawat di hospital. Pihak hospital memberitahu, bil tersebut telah dijelaskan oleh seorang lelaki tua. Dan lelaki itu jugalah yang telah membawa para pakar kesihatan ke pekan tersebut untuk merawatnya. 

Selepas diberitahu mengenai identiti lelaki tua itu, si pak cik yang kelihatan sungguh bersemangat membawa anak saudaranya untuk pergi ke alamat yang diberikan oleh pihak hospital untuk berterima kasih atas pertolongan yang diberikan. Sesampainya ke alamat tersebut, budak kecil itu menyedari bahawa mereka berada di kedai yang menjual tuhan kepadanya. Mereka pun masuk dan bertanyakan keberadaan lelaki tua yang menolongnya. Juruwang yang berada dikaunter memberitahu bahawa, lelaki itu adalah pemilik kedai tersebut dan sudah berangkat ke ibu kota. Juruwang tersebut juga memberikan sekeping surat kepada pak cik anak kecil itu. Surat tersebut ditinggalkan oleh lelaki tua itu kerana menyedari bahawa suatu hari, anak kecil tersebut akan datang untuk mengucapkan terima kasih. Mereka berdua pun membuka surat itu dan membaca isinya yang bertulis:

Anak muda, tak perlu berterima kasih kepada saya, Semuanya sudah dibayar oleh anak saudaramu. Saya cuma ingin mengatakan kepadamu bahawa kamu sungguh bertuah memiliki seorang anak saudara seumpamanya. Untuk menyelamatkan mu, beliau sanggup keluar masuk kedai untuk membeli tuhan. Tindakan beliau la yang telah menyelamatkan mu. Jagalah dia." - Sang Pengantara-

dasirrounin - pak cik dan budak kecil

 

Kisah ini sungguh menarik, keyakinan adalah kunci kejayaan. Dengan usaha yang tak putus asa, In Shaa Allah, pertolonganNya akan datang tak terduga. Lelaki tua yang kaya itu juga mengajarkan kepada kita bahawa, kekayaan kita kecapi adalah medium untuk kita menyampaikan nikmat kepada orang lain. Maka, banyakkan la membantu orang yang dalam kesusahan. Niat murni seorang Pak Cik yang menjaga anak buahnya, dibalas dengan kebaikan kepadanya. Oleh itu berbuat baiklah kepada semua.

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (Al-Baqarah 214)

Jadi, nikmat yang mana lagi hendak engkau dustakan?

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

2 ulasan

Catat Ulasan