Kisah Pemuda dan Sang Singa | Kepentingan Menghargai Setiap Peluang

Catat Ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Pada kali ini saya akan bercerita mengenai suatu kisah bertajuk Kisah Pemuda dan Sang Singa. Berikut kisahnya.

dasirrounin- poster kisah pemuda dan sang singa

Suatu ketika dahulu ada seorang pemuda yang mewarisi kekayaan dari bapanya, tetapi dalam masa yang singkat, semua harta tersebut habis beliau belanjakan dengan borosnya. Sehinggalah pada suatu hari, ia berpeluk dada dan mengeluh mengenangkan nasibnya. Rakan-rakan kepada arwah ayah pemuda tersebut yang melihatnya berasa simpati, dan cuba untuk menasihati pemuda tersebut.
"Wahai anakanda, janganlah engkau bersedih. Sesungguhnya tuah telah hilang daripadamu. Carilah kembali tuahmu." kata salah seorang dari mereka yang kelihatan lebih tua dan bijaksana.

Pada malam itu, pemuda tersebut bermimpi. Di dalam mimpinya, dia melihat "tuahnya"  berada di atas gunung menunggunya. Demi untuk mencapai kehendaknya seperti sebelum ini yang dilimpahi kemewahan harta warisan, beliau pun segera berangkat menuju ke gunung untuk menemui tuahnya.

Dalam perjalanannya, beliau menemui seekor singa.

dasirrounin - Sang Singa

"Jangan takut wahai manusia, mari mendekat" ujar Singa tersebut. Pemuda tersebut pun menghampiri Singa yang kelihatan tidak berdaya itu.

"Kamu hendak pergi kemana"? tanya Sang Singa. Pemuda tersebut pun menceritakan tujuannya pergi ke gunung untuk mencari tuahnya.

"Bagus. Sudah tentu tuahmu itu sungguh bijaksana, tanyakan kepadanya apakah penawar kepada penyakit ku ini. Sudah 7 tahun saya berasa tidak bermaya. Sekiranya anda menemui penawar itu, saya akan memberikan ganjaran kepada anda". Pemuda tersebut bersetuju dan meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian, beliau sampai ke sebuah kebun yang penuh dengan pelbagai jenis buah-buahan. Lantas memetik buah dan memakannya. Tetapi semua buah tersebut terasa pahit. Seorang tukang kebun pun datang dan menanyakannya. Beliau pun mula bercerita tujuan perjalaanannya kepada tukang kebun tersebut.

dasirrounin - Pekebun

"Bagus. Sudah tentu tuahmu itu tahu sesuatu, tanyakan kepadanya apakah yang perlu saya lakukan agar tanaman saya berbuah dengan baik. Sudah banyak saya lakukan, semuanya tidak berhasil. Sekiranya anda menemui cara yang berkesan, saya akan memberikan ganjaran kepada anda" Pemuda tersebut bersetuju akan menanyakan kepada tuahnya permasalahan tukang kebun tersebut dan sekali lagi meneruskan perjalanannya.

Tidak lama selepas itu, dia mendatangi sebuah istana yang dikelilingi oleh taman-taman cantik seumpama syurga dunia. Istana tersebut didiami hanya oleh seorang gadis yang cantik. 

"Siapa kau dan apa tujuanmu datang kemari?." tanya gadis rupawan tersebut. Pemuda tersebut pun menceritakan tujuannya kepada gadis tersebut.

dasirrounin - Gadis

"Baiklah, tanyakan kepada tuahmu tentang diriku. Aku punya kekayaan tapi aku tidak merasa bahagia. Siang malam berlalu aku dalam kesedihan Apakah ada petua daripadanya untuk ku. Aku berjanji akan memberimu hadiah."Pemuda itu setuju dan meneruskan lagi perjalanannya.

Akhirnya, beliau pun sampai ke puncak gunung dan bertemu dengan tuahnya. Beliau pun menceritakan keadaannya sehinggakan beliau berusaha untuk meredah perjalanan menuju ke pucak gunung untuk menemui tuahnya tersebut. Selain itu, beliau turut menanyakan permintaan Sang Singa, Tukang Kebun dan Gadis yang ditemuinya dalam perjalanannya dan mendapat jawapan untuk setiap pertanyaan tersebut. 

"Sekarang, tidakkah engkau akan ikut aku?" tanya pemuda tersebut

"Kamu pergi dahulu, aku akan menyusul di belakang" jawab tuahnya.

Pemuda tersebut pun berangkat pulang dan menemui gadis rupawan dan memberitahunya bahawa kesedihannya akan hilang sebaik sahaja beliau berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Kemudian pemuda tersebut bertemu dengan tukang kebun dan memberitahunya bahawa pada mata air yang mengairi tanamannya, terdapat emas dan emas itulah yang telah menyebabkan hasil tanaman Tukang Kebun tersebut pahit. Emas tersebut perlu d buang dari sumber mata air supaya hasil tanaman menjadi manis. 

Akhirnya pemuda tersebut pun bertemu dengan Sang Singa. Beliau menceritakan perihal pertemuannya dengan tuahnya. Beliau juga menceritakan perihal Tukang Kebun dan Gadis yang mendapat jawapan dari permasalahan yang mereka hadapi.

"Jadi, apakah hadiah yang anda perolehi dari Gadis dan Tukang Kebun itu?."tanya Singa ingin tahu.

Pemuda itu pun berkata, gadis itu telah jatuh cinta kepadanya dan ingin berkahwin dengannya. Tetapi beliau menolaknya. Sementara tukang kebun memberikan kesemua emas yang di ambil dari sumber mata air kepada pemuda itu. Tetapi pemuda itu juga enggan menerimanya dengan alasan akan menyusahkannya dalam perjalanan nanti sekiranya perlu membawa bongkah emas yang besar-besar itu.

"Lalu, apa kata tuahmu berkenaan dengan ubat ku?"

Pemuda itu menjawab

"Pada saat anda memakan kepala orang bodoh, anda akan sembuh". Sang Singa memandang muka pemuda tersebut seraya berkata.

"Sesungguhnya, saya tidak akan menemukan orang yang lebih bodoh dari anda pada saat ini". Sang Singa lantas menerkam pemuda itu dan membahamnya. Tamatlah riwayat pemuda itu.

Pengajaran dari kisah ini

  1. Jangan boros, belajar untuk berhemat dalam berbelanja. Fahami konsep kewangan agar anda tidak akan papa kedana.
  2. Hargai setiap peluang. Kerana itu mungkin satu-satunya peluang yang datang dalam hidup kita.
  3. Belajar menilai dengan bijaksana. 
  4. La Tahzan. Jangan bersedih.


Sumber Gambar

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

Catat Ulasan