بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Tajuk kali ini sebenarnya agak berat bagi saya untuk huraikan. Sebab pada ketika ini, saya masih belum boleh dikategorikan sebagai seorang blogger berjaya. Tapi tidak mengapa, saya tetap akan menulis Tips Menjadi Blogger Berjaya, sebagai ingatan dan panduan bersama rakan blogger yang lain.
Berdasarkan pemerhatian saya dari pembacaan dan pengalaman, ada beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan untu menjadi seorang blogger berjaya. Sebelum tu perlu dijelaskan di sini apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai seorang blogger berjaya.
Blogger Berjaya
Seorang Blogger dapat dikategorikan sebagai berjaya andainya trafik ke blognya dalam sebulan boleh mencecah sekurang-kurangnya 100K yang membolehkannya untuk mengaut pandapatan melalui blog tersebut dengan pelbagai cara, antaranya dengan pengiklanan sepertimana yang lebih popular adalah Google Adsense.
Jadi persoalan yang timbul adalah bagaimana menarik trafik yang banyak seperti itu ke blog kita? Tips kali ini menyajikan beberapa jawapan yang boleh merungkai persoalan tersebut. Teruskan membaca.
Pengurusan Waktu
Seperti mana juga kerjaya yang lain, untuk menjadi blogger berjaya pengurusan waktu sangat penting. Dengan pengurusan masa yang betul, anda boleh membuat posting yang kerap sehingga tidak menampakkan blog anda telah mati. Fungsi schedule juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin supaya anda tidak terkejar-kejar untuk melakukan posting di blog anda.
Pengurusan masa dalam hal ini adalah meliputi semua perkara dari mula mengumpul maklumat, melakukan kajian, menyusun atur kandungan yang ingin ditampilkan, menulis kandungan, blogwalking untuk berinteraksi dengan blogger lain dan sebagainya.
Komuniti
Blogging tidak boleh dilakukan sendiri-sendiri. Keperluan untuk menyertai komuniti blogger yang lain dengan cara blogwalking ke blog lain amat dituntut. Hal ini penting untuk memperkenalkan jenama diri kita sebagai seorang blogger kepada komuniti. Jika tidak, bagaimana orang lain boleh mengetahui mengenai blog anda. Malah, dengan mengenali penulis sesuatu blog tersebut, kita akan merasa lebih dekat terhadap penulisan dan kandungan yang di paparkan dalam blognya.
Saya sendiri mengambil iktibar dari kesilapan masa lalu saat mula-mula membuat blog, yang mana saya jarang sekali melakukan aktiviti blogwalking. Sekiranya dilakukan dengan betul, dengan menyertai komuniti juga akan berpengaruh kepada "kesihatan" blog kita dalam aspek SEO. Kepada mereka yang ingin bertukar link dengan admin untuk kepentingan bersama bolehlah masuk kehalaman ini.
SEO
Search Engine Optimization (SEO) adalah faktor yang sangat mempengaruhi keupayaan blog anda dimata Google. Kita sedia maklum bahawa Google merupakan engin pencarian terbesar di internet. Kebanyakan trafik di internet berhubung dengan google untuk datang ke blog anda. Dengan teknik SEO yang betul dan berkesan, anda boleh menaikkan ranking blog anda sekaligus menempatkan blog anda dihalaman hadapan dalam sesuatu pencarian melalui google. Sebab tu, untuk menjadi seorang blogger berjaya adalah sangat penting untuk mempelajari teknik SEO yang betul. Dalam artikel akan datang saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak tentang teknik SEO yang berkesan untuk menaikkan rangking blog anda.
Kualiti Kandungan
Blog dengan niche yang lebih specifik adalah perlu, namun yang paling penting sebenarnya adalah keahlian anda dalam menyampaikan kandungan yang anda hidangkan. Misalnya jika anda memilih niche makanan/masakan. Anda seharusnya menyediakan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan makanan/masakan. Tindakan plagiarism adalah sangat tidak wajar dalam menyediakan kandungan yang berkualiti.
Berbalik kepada SEO, Google akan mengetahui tahap kemampuan anda dalam topik yang anda sampaikan. Google mempunya algoritma khusus untuk menentukannya. Sekiranya Google merasakan kandungan yang anda sampaikan bersifat unik dan sahih, ini sekaligus akan berpengaruh baik kepada faktor SEO anda. Oleh itu, anda perlu menzahirkan minat anda dalam topik yang anda cuba sampaikan sehingga dapat menjadikan blog anda sebagai rujukan umum yang utama.
Pengetahuan Teknikal
Pengetahuan teknikal berkaitan dunia blogging adalah sangat perlu. Anda sudah semestinya perlu tahu perkara asas seperti membuat posting, menjawab komen orang lain dan menghubungkan ke laman sosial anda. Tapi untuk berjaya sebagai seorang blogger, anda perlu juga mempelajari sedikit sebanyak berkenaan ilmu teknikal blogging yang lebih advance.
Yang saya maksudkan sebagai pengetahuan teknikal yang lebih advance adalah seperti menyusun atur tampilan blog anda supaya lebih kemas dan menarik perhatian pengunjung untuk kekal dalam blog anda. Anda boleh sahaja mendapatkan template yang sesuai mengikut cita rasa anda secara percuma. Walaubagaimanapun, anda masih perlu untuk membuat sedikit pengubahsuaian bagi menyesuaikan dengan blog anda.
Selain itu, dengan pengetahuan yang betul anda dapat membuat blog anda mudah untuk diakses oleh berbagai jenis peranti. Kebanyakan penguna internet hari ini membuat carian mengunakan peranti pintar seperti telefon bimbit, bayangkan blog anda tidak dapat diakses dengan baik pada telefon bimbit. Sudah semestinya satu kerugian bagi anda.
Sebuah blog yang berjaya menarik trafik yang tinggi juga adalah blog yang sangat mudah untuk diakses, dalam ertikata lain, lebih ringan untuk dipaparkan sepenuhnya. Kelajuan sebuah blog berpengaruh kepada SEO. Untuk mengetahui kelajuan blog anda, anda boleh menyemaknya di laman web GTMetric dan PageSpeed
Jadi, itulah lima perkara utama yang perlu di perhatikan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Dalam artikel selanjutnya dalam label yang sama, saya akan cuba perincikan lagi subtopik berikut. Semoga kita dapat sesuatu dari artikel ini untuk bersama dalam tujuan menjadi seorang blogger yang berjaya. Admin pun masih dalam usaha untuk menjadi blogger berjaya. Sama-sama kita doakan yang baik-baik.
Nice sharing.
BalasPadamTq, Sis
PadamPerkongsian yang sangat berguna. Semoga kita semua jadi blogger yang berjaya. Sedang berusaha menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti :)
BalasPadamYa.. Chayo..chayoo..
Padamnice sharing, tapi akak ni walau dah lama menulis di blog tapi jenis santai je konten selalu syok sendiri je hehehehe... itu pasal bukan blogger berjaya dan dikenali
BalasPadamya.. ada pelbagai niche, yang penting kita happy blogging
Padammenarik tips ni.Maq berblog sekadar nak simpan kenangan yang pada maq, bila maq takda nanti, anak anak,cucu,cicit boleh baca bebelan maq dlm blog tu, atleast dapatlah diaorg melepas rindu kat situ..
BalasPadamlegasi untuk tatapan masa hadapan
PadamTerima kasih info!
BalasPadamgood sharing..tapi malasnya la nak menulis
BalasPadamterima kasih atas tips nya
BalasPadamgood sharing...tips yg bagus...kita santai2 je, blogging as a stress reliever..
BalasPadamTerbaik bersemangat baca..andainya jadi blogger terkenal ..bahagia kan
BalasPadamGood write up.. Ok skrg ammi nak pegi tekan 2 links check speed blog tu
BalasPadamya..cuba check..
PadamTerima kasih kongsikan tipsnya. Blogwalking tu masih saya teruskan. Suka jalan jalan ke blog lain dan komen. Untuk test tu masih lagi tak capai KPI. Lepas tukar template pun lebih kurang sama dengan yang lama. Masih kurang pakar bab tu. huhu...
BalasPadamberdasarkan penulisan dan kupasan tajuk ini, tentu layak saya katakan tuan bakal menjadi blogger yang berjaya.
BalasPadamcuma cabaran terbesar sekarang ini ialah menarik trafik ke blog.
tidak semua suka membaca tetapi ramai suka video
jadi alangkah bagus blog turut meletakkan video sebagai kandungan utamanya
In Syaa Allah, kita usahakan, Tuan..
PadamSetuju, blogwalking juga memainkan peranan untuk orang kenal pada blog kita. Dan yes content yang betul dan menepati trending amat membantu untuk kita terus naik
BalasPadamBlogwalking dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger
Padamsharing is caring 😅
BalasPadamBlogger berjaya itu yang visitornya 100k perbulan. Berarti sehari ada 3500 visitor, agak berat juga.
BalasPadamPelan2, lama2 pasti berhasil.
PadamNice sharing :)
BalasPadamsy blom lg blogger berjaya... blogger suka-suka je boleh lah rasanya
BalasPadamAlhamdulillah banyak point yang berguna dan betul kejayaan buat duit dengan blog bukan dalam satu hari. Perlu skill dan kerajinan
BalasPadambanyak kena usaha.
PadamTerima kasih. Tips yang sangat bermanfaat......
BalasPadamBelum masuk kategori blogger berjaya. Banyak yang kena baiki. Trafik pun suam suam kuku..
BalasPadamGood sharing.. Banyak nak kena betulkan kat blog..
Saya pun masih merangkak dalam dunia blog ni.
BalasPadamTq share
BalasPadamSaya doakan semoga Encik Dasir berjaya menjadi blogger yang banyak trafiknya. Amin.
BalasPadamAmin Ya Rabb..
Padam