Periksa dan Buang Link Mati Pada Blog Atau Website Anda

12 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Link mati pada blog atau website adalah umpama sel kanser yang perlahan-lahan mampu membunuh blog anda dari dalam. Sebab itu, adalah sangat wajib bagi seorang blogger untuk selalu memeriksa link-link mati tersebut dan membuangnya atau mengantikannya dengan yang baharu.

Pada artikel kali ini, saya akan cuba menerangkan cara yang selalu digunakan oleh ahli blogger untuk memeriksa link mati agar tindakan terhadapnya dapat dilakukan. Sebelum tu perlu kita ketahui apa itu link mati.

Link Mati

Link Mati adalah sebuat alamat web yang dipautkan dalam blog anda menuju ke suatu halaman web tertentu namun menjadi bermasalah sehingga tidak dapat berfungsi seperti yang empunya blog inginkan. Terdapat beberapa jenis masalah yang boleh terjadi terhadap link tersebut dan dapat anda ketahui berdasarkan respon kod yang diberikan, seperti yang berikut:-

  1. 404 Page Not Found : halaman / sumber tidak ada di dalam server
  2. 400 Bad Request : Pelayan hosting tidak dapat memahami URL di halaman anda
  3. bad host Invalid Host Name : Server dengan nama itu tidak wujud atau tidak dapat dicapai
  4. bad url Malformed URL : Link tidak lengkap seperti kurang tanda kurungan
  5. bad code Invalid HTTP response code : respons server melanggar spesifikasi HTTP
  6. empty : Pelayan hosting mengembalikan respons "kosong" tanpa kandungan dan kod respons
  7. timeout : Permintaan HTTP selalu habis semasa pemeriksaan pautan
  8. reset : Host memutuskan sambungan. Link salah dikonfigurasi atau terlalu sibuk untuk diakses.
Anda tak perlu risau, pada kebiasaanya link mati pada blog adalah di sebabkan oleh sumber tidak ditemui di dalam server dan memberikan respon kod 404. Tapi kenapa pada awal artikel tadi saya katakan link mati mampu membunuh blog anda?

Keburukan Link Mati

Bayangkan seorang pengunjung blog anda sedang menikmati konten yang anda tuliskan, kemudian tiba-tiba meng"klik" pautan pada blog anda dan yang muncul adalah :- 
404 | PAGE NO FOUND
Sudah semestinya pengunjung blog anda tersebut akan berasa kesal, marah dan kecewa yang akan membuat reputasi anda menurun yang memungkinkan pengunjung tersebut beralih arah mencari blog lain. Seperkara lagi yang paling penting adalah, link mati yang terlalu banyak akan berakibat kepada menurunnya ranking blog anda dalam dalam mesin mencarian seperti Google sekaligus mampu menjejaskan SEO blog anda. Anda sudah tentu tidak ingin perkara ini terjadi, bukan? Baiklah, mari saya tunjukan cara periksa dan buang link mati pada blog anda.

Cara Periksa dan Buang Link Mati

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah masuk ke sebuah website iaitu https://www.brokenlinkcheck.com/

Link Mati Dasir Rounin

Kemudian anda masukkan alamat domain blog anda seperti dalam gambar dan tekan butang Find broken links.

Link Mati Dasir Rounin

Anda akan dibawah ke halaman selanjutnya. Pada halaman ini anda dikehendaki memasukkan captcha dan memilih untuk menerima laporan pautan rosak yang jelas sahaja atau pautan rosak yang lebih menyeluruh dalam blog anda. kemudian tekan butang Find broken links now!

Link Mati Dasir Rounin 2

Tunggu beberapa minit sehingga proses pencarian akan berakhir.

Link Mati Dasir Rounin

Link mati akan dipaparkan bersama keterangan lain seperti Link Text atau Anchor Text, url dan respon kod dari Server. Boleh rujuk gambar dibawah ini, hasil pencarian dalam Blog DR terdapat 2 link mati. Klik pada url untuk melihat secara langsung halaman yang mempunyai link bermasalah.

Link Mati Dasir Rounin

Setelah itu, sila cari post anda yang mempunyai masalah link mati tersebut dan perbaikinya atau buangkan sahaja.

Link Mati Dasir Rounin

Buat ujian tersebut sekali lagi untuk memastikan tiada link mati dalam blog anda lagi.


Link Mati Dasir Rounin 7

Completed! Processed 260 web pages, found 0 broken links. 

Ini la yang kita mahukan. Tiada kanser dalam blog kita. Enjin pencarian pun lebih mudah untuk mengindeks blog kita. Jadi kepada rakan blogger sekalian. semoga beroleh sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian ini, sekiranya anda merasa kurang jelas, boleh tanyakan di ruangan komen. 

Kepada anda yang ingin dapatkan servis saya (berbayar sikit) untuk membuang atau mengubah-suai link mati dalam blog anda, bolehlah hubungi saya. In Shaa Allah, urusniaga kita dalam situasi win-win. 

Postingan kali ini adalah sedikit sebanyak sebagai Tips Untuk Menjadi Blogger Berjaya



Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

12 ulasan

  1. Subahanallah , bukan alang2 ilmu teknologi DR ini tau.
    Nanti saya minta baiki blog saya ya..ada blog saya lagi satu..lebih kepada paparan pendidikan ..minta DR baiki dan saya bayar ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah.. boleh, Bang.. Saya budak baru belajar..ehehe

      Padam
  2. terima kasih hadir warnai blog Etuza..kita geng ya Sahabat

    BalasPadam
  3. follower blog ni semakin ramai..hebatnya anak muda ini. tahnia ya

    BalasPadam
  4. Terima kasih kongsi info.
    Saya ni blogger membuta tuli hihihii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi blog Kak Amie antara blog makanan yang menarik trafik tertinggi.. Tahniah

      Padam
  5. dah overhaul blog, buang link yg dah takde..sekrg ni dah malas nak letak link dlm entry...boleh buat loading jd lambat..

    BalasPadam
  6. Memang menjejaskan seo blog kita kalau tidak buang

    BalasPadam

Catat Ulasan