Analogi Kewujudan Sang Pencipta | Inspirasi Beragama

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Kali ini adalah cerita yang sungguh memberi gambaran sebagai seorang yang percaya akan kewujudan Allah S.W.T sebagai Maha Pencipta. Ini dia Analogi Kewujudan Sang Pencipta:-

Azman pergi ke kedai gunting rambut. Beliau ingin merapikan rambutnya yang kelihatan semakin panjang dan tidak kemas. Ali , si tukang gunting rambut mulai beraksi dengan berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang tersebut. Ali seorang yang peramah. Setiap kali mengunting rambut seseorang, beliau senang untuk bercerita dengan pelanggannya. Begitulah juga halnya yang terjadi antara Ali dan Azman. Mereka berdua hanyut dalam cerita yang pelbagai. Dalam tidak sedar, perbicaraan mereka beralih kepada permasalahan agama.

Blog Dasir Rounin - Barber

”Saya tidak percaya Tuhan itu wujud” kata Ali

“Kenapa kamu berkata begitu ?" tanya Azman agak keliru

“Begini, jika Tuhan ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi. Lihat sahaja di luar sana.” tegas Ali dalam pendiriannya sambil menunjuk kepada seorang pengemis buta yang berada dikaki lima bangunan hadapan.

Azman diam untuk berfikir sejenak. Beliau tidak memberikan respon, kerana ingin mengelak perdebatan dengan Ali yang begitu teguh dengan pendiriannya. Setelah selesai, Azman pun membayar upahnya dan berlalu dari kedai tersebut sambil berfikir bagaimana membuktikan keberadaan Tuhan yang tidak di percayai oleh Ali itu.

Baru beberapa langkah dari kedai Ali, Azman ternampak seseorang lelaki di seberang jalan. Lelaki itu kelihatan kotor, dengan seluar jeans yang agak lusuh dan sempit. Bajunya hitam kepudaran warna. Rambut dan jambang yang panjang tidak terurus. Azman kembali kepada Ali.

Blog Dasir Rounin - Pengemis

"Ali, kamu mahu tahu,saya tidak percaya bahawa tukang gunting rambut itu wujud."kata Azman kepada Ali

Ali bingung lantas bertanya."Kenapa pulak?,"
"Bukankah saya ini tukang gunting rambut, malah baru sebentar tadi mengunting rambut awak?"tambahnya lagi

“Tidak!”tegas Azman
“Tukang gunting rambut itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang dan tidak terurus,seperti orang itu."tambah Azman sambil menunjuk orang yang dilihatnya sebentar tadi.

“Ah tidak, tapi tukang gunting rambut tetap ada!”sanggah Ali tidak terima
”Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang kepada saya”, jawab Ali membela diri.

BINGO! ” kata Azman menyetujui.
” Itulah maksud saya! Sama dengan Tuhan, Tuhan itu wujud! Tapi apa yang terjadi. Kebanyakan manusia tidak mahu datang kepadaNYA dan tidak mahu mencariNya. Oleh karena itu banyak yang sakit dan tertimpa kesusahan di dunia ini.”

Ali puas dengan jawaban daripada Azman! 

Dalam hidup ini kita sangat mudah untuk menyatakan perpektif kita tanpa berfikir dan menilai berdasarkan ilmu alam. Lihatlah dengan mata hati.  Semoga ada sesuatu yang bermanfaat untuk anda. Berikan pendapat anda di ruangan komen. 



Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

Catat Ulasan