بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
4 hari adalah masa yang saya perlukan untuk menghabiskan naskah novel Orang-Orang Biasa, tulisan Andrea Hirata yang setebal hampir 300m/s ini.
Andrea Hirata bukanlah sebuah nama yang asing bagi ku kerana, lakaran karyanya sejak siri Laskar Pelangi adalah tonik yang terbaik untuk membuka mata sesiapa sahaja untuk bermimpi. Seperti salah satu kata darinya,
"Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati.."
Orang-Orang Biasa adalah sebuah karya fiksi yang mampu mendebarkan jiwa sementara minda berada diawang-awangan imaginasi mengambarkan keadaan yang berlaku.
Kompilasi kehidupan 10 orang sahabat yang berjuang hidup sebagai orang biasa dalam menyantuni kehidupan moden yang penuh dengan ketersiratan yang kelam dan penjajahan minda.
Dihiasi dengan kegigihan seoranga anak yang berusaha untuk menjadi "seseorang" bagi membantu keluarganya.
Para bangsawan yang terciduk diakhir cerita. Awal yang indah dan pengakhiran yang gundah. Penguatkuasa yang terus mencari keadilan dalam penugasan. Plot cerita yang berubah tanpa sedar.
Anda perlu miliki novel ini untuk, Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalamnya seperti:-
- Jangan selalu memandang rendah pada orang lain.
- Belajar untuk menghargai.
- Bantu-membantulah dalam mengerjakan kebaikan.
- Belajar itu adalah mengenai kesungguhan.
Bacaan yang menarik ini.. Rasanya Sha ada buku ini tapi versi ebook.. Rasanyalah.. Nak kena godek balik rak buku maya..
BalasPadamYup..godek jangan tak godek
Padam