بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Seperti cap jari, setiap anak yang dilahirkan memiliki ciri khas masing-masing yang membuatkannya unik. Ini dapat dilihat daripada keperibadiannya, caranya berfikir dan bagaimana iinteraksinya dengan orang lain. Sebilangan kanak-kanak lebih pemalu, sementara yang lain peramah. Ada yang aktif, dan ada yang kurang aktif. Begitulah keadaanya. Sebagai ibubapa, menjadi tugas utama kita untuk memahami dan meraikan keunikan setiap anak.
Ada yang mungkin berminat dalam pelajaran, ada yang minat dalam seni dan sebagainya. Dorong dan galakkan anak-anak untuk mencapai potensi mereka dalam bidang yang mereka sukai. Bantu mereka untuk menyedari bahawa mereka tidak perlu menjadi seperti orang lain demi untuk memuaskan hati orang lain sebaliknya minat dan keinginan mereka harus menjadi landasan utama menghadapi kehidupan di masa hadapan.
Hargai dan puji anak-anak atas usaha yang mereka tunjukkan. Sekiranya anak anda mendapat pencapaian cemerlang dalam apa juga yang dikerjakan, cuba berikan penghargaan seperti hadiah. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk material. Anak-anak akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu apabila mendapat sokongan daripada orang tuanya.
Penglibatan dalam komuniti juga perlu di ambil perhatian. Ajak dan dedahkan anak-anak untuk menyertai program dalam komuniti seperti gotong royong agar mereka mengenal erti kerjasama dan tanggungjawab. Tapi janganlah memaksa mereka, sebaliknya tunjukkan kebaikan yang mereka perolehi apabila menyertai program seumpama itu. Berikan mereka peluang untuk berkawan dengan siapa pun, namun perlu di pantau agar tidak terlibat dengan sesuatu yang kurang baik.
Dalam mendidik, ibubapa perlu bersikap tegas tapi adil. Setiap perbuatan yang salah harus dihukum dengan sewajarnya. Peraturan harus ditetapkan agar anak-anak lebih berdisiplin menghadapi kehidupan. Sebagai meraikan keunikan anak-anak anda, perlu diingat cara mendidik haruslah bergantung kepada keadaan anak itu. Ada anak yang lebih agresif, ada yang lebih lembut. Disini pentingnya ibubapa mengenal keperibadian anak masing-masing supaya cara mendidik yang lebih berkesan dapat diterapkan.
Ibubapa perlu membahagikan masa untuk berada disamping anak-anak. Jangan biarkan anak-anak anda menjalani masa muda tanpa pengawasan anda. Sekiranya anda terlalu sibuk untuk menjalani urusan kerja sehinggan mengabaikan tanggungjawab sebagai terhadap anak, ini akan memberi impak negatif dalam perkembangannya untuk menjadi manusia. Anda juga mungkin tidak mahu untuk menjadi ibubapa yang akan menghabiskan masa di rumah jagaan orang tua seperti dalam cerita yang pernah saya tuliskan diblog ini yang bertajuk Hingga Akhir Masa | Kasih Sayang Yang Tiada Tara atau menjadi Mangsa Senicide (Baca artikel : Apa Itu Senicide? Tradisi Derhaka Yang Memilukan).
Akhir sekali, seperti yang kita sedia maklum, anak-anak itu umpama kain putih. Coraknya akan bermula dirumah, Ibubapa wajib untuk memberikan panduan kepada anak-anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan. Jadi, adakah "kain putih" itu sudah dicorakkan? ataukah pudar dikotori dengan debu yang berterbangan. Tanya diri anda sebagai ibubapa.
Cabaran ibu bapa Alaf Baru, jauh bezanya dengan zaman sebelumnya. Ilmu keibubapaan perlu ada.
BalasPadamBetul. Sebab tu Ibubapa seharusnya sentiasa refleksi diri dalam hal terkait anak-anak.
BalasPadam