Persahabatan Yang Melengkapi | Cerita Inspirasi

2 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Beberapa ketika lalu, heboh berlegar sebuah foto ikonik dari tahun 1889 yang memperlihatkan sebuah nilai persahabatan yang saling melengkapi. Cerita dibalik foto ini adalah sesuatu yang perlu disampaikan sebagai inspirasi kepada kita semua.

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/50/Blind_man_carrying_a_paralysed_man

Foto diatas yang ditangkap oleh seorang jurugambar bernama Tancrede Dumas (1830-1905) adalah sebuah situasi yang berlaku pada akhir abad ke-19 di Damsyik, Syria.

Diceritakan bahawa, 2 pemuda yang berada dalam foto tersebut adalah Muhammad (memapah) dan Samir (dipapah). Mereka berdua adalah yatim piatu. Muhammad seorang buta yang beragama islam manakala Samir seorang yang lumpuh beragama kristian. Melengkapkan kegiatan hari-hari mereka, Samir menjadi mata sementara, Muhammad menjadi kaki dan tangan. Ketergantungan satu dengan yang lain tampak jelas disitu. 

Samir seorang tukang cerita. Beliau bercerita dihadapan para pelanggan di sebuah kafe di kota Damsyik. Muhammad berniaga di hadapan kafe tersebut. Beliau juga sangat senang mendengar cerita-cerita dari sahabatnya itu.

Hal tersebut berlanjut sehingga pada suatu hari, Muhammad menemukan sahabat baiknya, Samir meninggal dunia. Dikisahkan akibat kesedihan yang melampau kerana kehilangan separuh dari diri dan hidupnya, Muhammad menangis selama 7 hari berlanjutan. Mereka berdua hampir berbeza dari semua sudut kehidupan.

Kepercayaan yang berbeza.
Permasalahan yan berbeza.

Tapi, justeru hal tersebutlah yang membuat mereka saling melengkapi dalam menjalani kehidupan. Dan ketika Muhammad ditanya bagaimana mereka bergaul dengan baik sedangkan berbeza agama, beliau berkata 

"Di sini kita sama" sambil menunjuk ke arah jantungnya.

Walaupun kisah ini tidak disokong oleh mana-mana dokumen bertulis, namun sesuatu yang menginspirasi ada dalam kisah ini. Kita ambil yang baik sebagai teladan.  


Sumber foto :  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/50/Blind_man_carrying_a_paralysed_man.jpg

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS
Paling Baru Lebih lama

Artikel Terkait

2 ulasan

  1. Bercampur perasaan baca kisah ini.

    BalasPadam
  2. Bila kita tak terlalu memikirkan perbezaan tapi meraikan persamaan antara kita, tak mustahil boleh terjalin hubungan rapat macam ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan