بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Sedarkah kita bahawa "Mustahil hanyalah sebuah perkataan". Kita cuba rungkaikan dalam artikel ini. Sebagai manusia biasa pada satu tahap tertentu dalam hidup ini kita akan merasa untuk bermimpi menjadi sesorang atau sesuatu yang istimewa.
Siapa dari kita yang tak pernah mempunyai impian? Kata Andrea Hirata,:-
Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati.
Impian adalah sesuatu yang memberikan kita semangat untuk terus kekal di dunia yang sangat mencabar ini. Hidup boleh menjadi jauh lebih baik seandainya kita belajar untuk mencapai impian yang kita harapkan.
Dalam kita menetapkan apa impian atau matlamat kita, masalah yang selalu timbul adalah perkataan "mustahil". Sebelum melakukan sesuatu, sebilangan besar akan buntu memikirkan bahawa hal itu adalah sangat sukar dan mustahil untuk dilakukan. Timbul keraguan. Timbul kesangsian.
Sedarkah kita, andai saja semua orang berfikiran sebegitu, tidak akan ada penemuan-penemuan yang membawa kepada peradaban manusia, tidak akan ada inovasi yang memudahkan kehidupan. Bayangkan Adik Beradik Wright berasa ragu ketika dalam proses menciptakan kapal terbang. Akankah ada kapal terbang seperti sekarang ini? Mungkin ada, tapi bukanlah mereka penemunya.
Dalam bermimpi, Kita juga seharusnya lebih realistik. Kerana mimpi yang keterlaluan dan tiada tindakan, akan berakibat buruk. Inspirasi akan hilang. Pada akhirnya, apa yang terjadi adalah kehancuran. Sekaligus akan membenarkan perkataan "mustahil"
Baiklah, kita cuba tuliskan beberapa perkara ini dalam hidup kita. Ambil 3 keping kertas putih. Tuliskan setiap kertas tersebut dengan perkara yang berikut:-
- Perkara yang anda mahu dan yakin anda boleh lakukan
- Perkara yang anda mahu dan mungkin anda dapat lakukan
- Perkara yang anda mahu dan agak mustahil anda dapat lakukan.
Thomas Edison pernah mengatakan bahawa genius adalah inspirasi 1% dan peluh 99%. Agar seseorang dapat mencapai impiannya, harus ada kerja dan disiplin. Tetapi perhatikan bahawa 1% itu harus menjadi impian besar, dan bukan yang mudah dicapai.
Sebab tu dimana-mana pusat gim biasanya akan poster dengan tulisan perkataan :-
No Pain, No Gain
Kerana usaha yang keras yang dimulai dengan bermimpi akan membuatkan anda merasakan bahawa mustahil hanyalah sebuah perkataan yang menjadi mungkin boleh dilakukan .
ya, tukarkan impian jadi kenyataan....impossible is nothing..
BalasPadamYang penting..kena ada usaha.
PadamMImpi itu free.... hehehe
BalasPadambetul tu, Uncle.. tapi masih ada yang takut nak bermimpi.hurmmm
Padamimpian bisa jadi kenyataan jika ada usaha dan strategi yang betul
BalasPadam