Takdir Pemetik Api | Inspirasi Menghadapi Pandemik Covid-19

5 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Selalunya hanya golongan perokok yang akan membawa pemetik api ke mana-mana. Tapi bagi saya, saya suka untuk menyimpan pemetik api di dalam beg. Kerana bagi saya, kadang-kadang khidmatnya diperlukan. Ini adalah salah satu barang yang saya rasakan wajib saya bawa walaupun saya bukanlah seorang perokok. Tahukah anda ada kisah dan iktibar yang kita boleh ambil dari pemetik api. Teruskan membaca.

dasirrounin - takdir pemetik api

Pertama kita cuba berekspirement, ambil dua pemetik api. Pemetik api pertama tinggalkan semalaman di luar rumah, dalam keadaan sejuk dan mungkin akan sedikit basah oleh embun. Sementara yang satu lagi simpan di dalam laci dalam rumah anda. Keesokan pagi nya. ambil kedua pemetik api tersebut. Cuba nyalakan. apa akan terjadi?  

Kebarangkalian yang akan berlaku adalah, pemetik api yang ditinggalkan diluar rumah tidak akan menyala, sementara pemetik api yang berada di dalam laci sepanjang malam akan menyala dengan sekali percubaan. Untuk menyalakan pemetik api yang ditinggalkan diluar rumah, apa yang anda boleh lakukan adalah, kongsikan nyalaan api dari pemetik api yang satu lagi. Dengan yang demikian, kedua-dua pemetik api itu akan menyala. 

Photo by Element5 Digital on Unsplash
Gambar oleh Element5 Digital dari Unsplash

Begitulah kehidupan, kadang keadaan membuat kita kesukaran. Dihujani dengan ujian yang bermacam-macam. Sehingga lumpuh dan tak berdaya. Namun, bila ada yang sanggup membantu, kita boleh dibangkitkan dengan harapan baru. Harapan yang sama dengan yang memberi. 

Mungkin anda merasa dengan berkongsi nyalaan api, pemetik api yang diletakkan di dalam laci akan kerugian. Sebenarnya tidak. Ini la yang dinamakan konsep sedekah. Dengan berkongsi, anda akan memberi harapan kepada orang lain. Harapan yang sama di saat anda memerlukannya. Keluarlah dari dalam laci, kerana didalamnya yang sepi tidak akan membuatmu lebih baik. 

Photo by Anna Shvets from Pexels
Gambar oleh Anna Shvets dari Pexel

Pandemik Covid-19  yang melanda seluruh dunia, memberi impak yang sangat besar. Ini merupakan ujian terbesar yang mungkin kita pernah alami. Mengambil inspirasi daripada cerita di atas, diharapkan kita sama bahu-membahu untuk menghadapi situasi yang sungguh mencabar pada ketika ini. Bantulah mereka yang memerlukan. Terdapat pelbagai inisiatif seperti yang dilakukan oleh Sabah Bangkit dan Selangor Youth Cummonity (SAY) sebagai medium untuk membantu iaitu program #BantuSabah.


Program #BantuSabah ini mensasarkan untuk membantu keluarga yang terjejas akibat daripada penularan covid-19. Melalui program ini, anda boleh menderma secara langsung atau membeli produk hasil kraf yang bermutu tinggi yang ditawarkan mereka melalui KitaBantu.my. Jadi apa tunggu lagi, layari laman web BantuSabah.com untuk keterangan lanjut. Semoga kita menang dan bebas daripada Pendemic Covid-19 ini.

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

5 ulasan

  1. Bagus analogi ini. Sesuai dengan keadaan semasa

    BalasPadam
  2. Satu analogi yg menarik dan kena pd tempatnya. Tq sbb sudi follow blog sy. Sy nak follow back tp x de widget follower..

    BalasPadam
  3. @Abam Kie.. tq sebab berkunjung.. Kalau nak follow blog ni boleh tekan tab "Ikuti Blog" pada bar navigasi.

    BalasPadam
  4. i love reading this :) who knows from pemetik api we can relate with concept of sedekah . its brilliant . hopefully this covid would end sooner and families who affected also been helped with others so they wont feel burden that much

    BalasPadam
  5. @sophea ◇
    Yup, Sis.. let's pray together..

    BalasPadam

Catat Ulasan