Pesan Orang Berpengalaman | Qanaah (Youtube)

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Satu rahmat bila kita dipertemukan dengan seseorang yang lebih lebih senior dari kita, lebih berpengalaman. Punya banyak nasihat dapat dikongsikan. Dapat memberi pesan tentang kehidupan yang dilaluinya. Sebagai orang yang lebih dahulu makan garam. Maka dari itu saya tertarik dengan sbuah video yang saya temukan ini. Sebuah video youtube yang mengandung "Pesan Orang Berpengalaman".


Seorang Pak Cik Tua lingkungan umur 60-an , penjaja permainan kanak-kanak diwawancara oleh seseorang. Video bermula dengan kata ungkapan beliau yang sungguh bermakna :-
  Didunia ini paling mahal itu kesihatan.

Kemudian beliau menjelaskan prinsip yang dipegangnya selama ini:-

Saya tidak senang jadi orang kaya, aku senang jadi orang cukup.
Aku tidak senang jadi orang pinter, aku senang jadi orang pengalaman.
Orang kaya itu belum tentu cukup.
Orang pinter belum mesti pengalaman.
Kalau orang pinter bisa minterin orang.
Tapi kalau pengalaman bisa dibagi-bagi.

Apa yang dikatakan oleh Pak Cik Tua ini sungguh benar. Ada orang yang punya kekayaan merasa belum cukup dengan apa yang dia ada. Ada orang walaupun tidak dikurniakan dengan kekayaan tapi sentiasa merasa cukup. Sebab tu kekayaan bagi seseorang itu adalah sangat subjektif. Kita tidak tahu seberapa "kaya" seseorang itu. Semuanya berbalik kepada mindset masing-masing. Satu perkara menarik berdasarkan pernyataan Pak Cik Tua itu adalah mengenai konsep Qanaah dalam Islam. 

Qanaah

Qanaah disifatkan sebagai merasa redha dan merasa cukup dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya oleh Maha Pencipta. Merasa cukup akan melahirkan rasa syukur kepada Maha Pemberi. Selain itu dengan menyelami sifat qanaah ini, kita akan terhindar dari rasa iri dan dengki yang mampu membuatkan hati menjadi hitam. Malah kita akan terbiasa untuk bersederhana dalam pelbagai aspek kehidupan sekiranya meneladani sifat ini. 


Dalam pada itu kita akan sedar, bahawa rezeki kita sudah ditentukanNya. Namun pada masa yang sama kita dituntut agar berusaha untuk mencari rezeki supaya kita mendapat sesuatu hasil dari pengalaman untuk dimanfaatkan oleh orang lain seperti yang dikatakan oleh Pak CIk Tua dalam video tersebut.

Kepada Pak Cik Tua, kita doakan semoga diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Sesungguhnya video ini sungguh menginspirasi.




Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Salam ziarah saudara..unik sekali blog anda..menarik.terima kasih terjah blog saya ya

    BalasPadam
  2. yup, setuju. qanaah ni ada dlm silibus PI ting 3. moga semua amalkan sifat qanaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Puan.. anak2 harus diterapkan dengan sifat ini agar bila besar nnti tak la merosakkan negara.😅

      Padam

Catat Ulasan