بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Siapa pun kita, sudah tentu akan ada perasan malu dalam diri. Kerana malu adalah fitrah manusia, hanya sahaja terdapat tahapan-tahapan berbeza bagi setiap satunya. Namun, 1 perkara yang paling utama dalam pengembangan diri adalah, "Jangan Malu Untuk Menjadi Diri Sendiri."Kita diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing yang menjadikan kita unik. Dan keunikan itu perlulah diyakini dan diraikan untuk menjadikan kita terus berkembang dari masa ke masa. Baiklah, kali ini saya nak ambil inspirasi dari kisah seorang wanita yang bernama Cass Daley.Siapa Cass Daley?. Cass Daley adalah seorang wanita yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi terkenal. Beliau mula menyanyi semenjak kecil.
Ketika meningkat usia remaja, beliau mencuba menyanyi di kelab malam. Cass Daley mempunyai bentuk gigi yang menonjol kehadapan, lebih kita kenali sebagai "jonggang". Dek kerana hal tersebut, ketika pertama kali menyanyi di kelab malam, beliau berusaha menutup giginya yang jonggang tersebut dengan bibirnya. Maka, nyanyiannya tidaklah seperti biasa sehingga membuatkan orang ramai mentertawakannya.
Dalam keramaian orang di kelab malam tersebut, terdapat seorang lelaki yang mempunyai pendapat berbeza dengan yang lain. Melihat Daley turun dari pentas, lelaki tersebut memanggilnya.
"Saya melihat persembahanmu dan saya tahu anda cuba menyembunyikan gigimu kerana malu."Daley semakin merasa malu.Lelaki tersebut menambah lagi "Kenapa perlu malu, jangan sembunyikannya, bukalah mulut mu seluas-luasnya. Sudah pasti penonton akan terhibur dengan kelebihan dan keyakinanmu".Mulai dari saat itu, Cass Daley berubah menjadi peribadi yang lebih percaya diri dan tidak malu menjadi dirinya sendiri. Belia menyanyi dengan keriangan dan hanya memikirkan kepuasan penonton. Hasilnya, ketika mengikuti sebarang pertandingan, beliau selalu menjadi juara dan hingga akhirnya mencapai cita-citanya menjadi bintang terkenal sebagai penyanyi, penyampai radio dan pelakon.Oleh yang demikian, sentiasalah syukuri diri anda sendiri. Berusahalah untuk menjadi diri sendiri dan jangan malu. Siapapun anda, anda sememangnya "UNIK" kerana cerita kita semua di pentas dunia ini adalah berbeza-beza.
Catat Ulasan
Catat Ulasan