بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Stress memberikan kesan kepada kesihatan anda. Setiap tahun lebih dari 1 juta orang di diagnosis dengan penyakit yang berawal dari stress. Oleh kerana tahapan stress dialami sesorang itu, tidak dapat dilihat atau dirasai oleh orang lain, menjadikan stress dianggap tidak berbahaya dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Seorang doktor juga sukar untuk menentukan sama ada stress memainkan peranan dalam penyakit yang dihidapi oleh seorang pesakit itu sekiranya dalam konsultasi pesakit tidak menyatakannya. Jadi adalah sangat penting untuk memberitahu sejujurnya kepada doktor agar dapat diberikan perawatan yang betul.
Terdapat beberapa masalah kesihatan yang diakibatkan oleh stress iaitu:-
- Sakit kepala
- Sukar tidur (Insomnia)
- Kurang tenaga
- Obesiti/ kurang berat badan
- Sakit belakang,
- Sakit pada leher
- Pedih ulu hati
- Sakit pada rahang
- Tekana darah tinggi
- Tahap kolesterol meningkat
- Masalah jantung
- Kanser
- Kemurungan
Sekiranya stress adalah yang mengakibatkan masalah kesihatan itu, langkah mengurangkan stress boleh memberikan badan respon positif untuk melawan penyakit tersebut. Dengan mengurangkan atau menghilangkan stress, ini akan membantu organ dalam badan berfungsi dengan baik. Kita akan merungkainya satu persatu persoalan berkaitan stress di episod-episod seterusnya dalam siri Bebaskan Dirimu Dari Belenggu.
PKPB ni kurang stress kerja tapi stress lain kekadang datang juga.
BalasPadamYa..betul tu, malah mengikut data di anggarkan d Malaysia, seorang setiap hari membunuh diri sejak PKP dilaksanakan akibat stress.
Padam