Rahsia Bebas Kewangan | Paradigma Manusia Berjaya

4 ulasan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ


Pernah terfikir tak bagaimana seorang yang berjaya dari segi kewangan itu berfikir? Saya ingin menjelaskan suatu perkara penting yang akan memberikan semangat kepada saya dan anda semua berkenaan dengan Paradigma Manusia Berjaya. Paradigma diertikatakan sebagai "Batas Pemikiran" yang membatasi pemikiran seseorang untuk bertindak dalam sesuatu perkara yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada. 

dasirrounin - paradigma manusia berjaya

Paradigma Manusia terbahagi kepada dua iaitu, Paradigma Umum dan Paradigma Berjaya. Hal ini akan saya jelaskan dalam tulisan kali ini. Kerana ianya sangat penting untuk menimbang tara kedudukan kita yang sebenarnya, sama ada kita dalam landasan untuk berjaya secara bebas kewangan atau tidak. 

dasirrounin - paradigma umum

Paradigma Umum bersesuaian dengan namanya, adalah merupakan bentuk paradigma yang sering menjadi pilihan kebanyakan dari kita. Umumnya manusia adalah hidup untuk berkerja dan mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Tanpa mengambil kira hal-hal yang lain. Begitulah prinsip kebanyakan manusia. Duduk dalam kepompong kenyamanan (comfort zone). Hidup biasa-biasa saja. Berhutang dan membayar hutang. Tanpa memikirkan bagaimana agar tidak lagi berhutang. Ya! Umumnya masyarakat kita hari ini berfikiran sedemikian. Berkerja di jabatan- jabatan tertentu dengan kadar bayaran yang dirasakan sudah mencukupi untuk kehidupan satu keturunan. Terdapat banyak kebarangkalian buruk yang boleh berlaku di luar jangkaan manusia. Yang memungkinkan untuk kehilangan keupayaan berkerja atau memperolehi pendapatan seperti, kematian, sakit dan sebagainya. Persoalannya. Bagaimana dengan kelangsungan hidup keturunan akan datang? Anak, cucu dan cicit nanti. Apakah mereka juga akan terus menerus bertindak sedemikian? Tiada nilai tambah?? Corak pemikiran yang terbatas?

dasirrounin - paradigma berjaya

Paradigma Berjaya
adalah corak pemikiran kebanyakan, malah semua orang-orang yang berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Saya teringat sebuah cerita yang bertajuk "The Parable Of The Pipe Line". Perjuangan seorang manusia biasa yang bertindak secara luar biasa sehingga memperolehi hasil yang sangat luar biasa. Anda boleh membaca cerita tersebut untuk lebih memahami lebih lanjut berkenaan dengan konsep Paradigma Berjaya. Secara ringkasnya, konsepnya mudah iaitu "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dalam pekerjaaan, dibutuhkan sesuatu yang dinamakan membangun aset. Untuk itu, apa yang perlu adalah kemahuan yang kuat serta usaha yang konsisten (Istiqamah).  Jadi bagaimana membangun aset??

Terdapat tiga cara untuk membangun aset anda, iaitu;
  1. Melabur - Contoh paling mudah, ialah anda simpan duit anda sebanyak yang anda ada dalam bank. Tunggu untuk beberapa tahun mendatang, Faedah daripadanya akan berlipat kali ganda. Anda juga boleh melabur dibursa saham yang mana dengan ilmu anda akan mendapat pulangan yang menguntungkan.
  2. Mencipta - Cipta sesuatu yang baru dan amat diperlukan oleh manusia masa kini, hasilnya anda akan berada dalam barisan penemu-penemu besar seperti, Bill Gates (Microsoft)
  3. Mengedar - Dalam ertikata yang lain, menjadi pengedar. Kerana menurut Paul Zane Pilzer (Ahli Ekonomi Terkenal Antarabangsa); "Pengedar abad ke-21 akan menjadi jutawan dengan cara yang cepat, yakni memberi penerangan berkaitan produk melalui sistem pemasaran jaringan (Network Marketing)".
Sesuai dengan keadaan semasa yang dialami oleh penduduk dunia pada ketika ini, kita dapat belajar sesuatu iaitu paradigma umum yang selama ini kita pegang adalah tidak mampan menghadapi krisis seperti Covid-19 ini. Jelas bahawa bagi mereka yang tidak mempunyai aset, terpaksa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak untuk kelangsungan hidup. Oleh yang demikian, marilah kita muhasabah diri dan cuba perbaiki pola pemikiran demi masa depan yang baik. Secara konklusinya, semua keputusan terletak dalam diri anda. Seperti firman Allah S.W.T yang berikut, 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka  sendiri ” (QS 13:11)

 

Artikel disediakan oleh:-

testimoni
Dasir Rounin

Admin ghairah menulis untuk melempiaskan buah fikiran sebagai manfaat kepada pembaca kerana "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

BLOG PRODUK SERVIS

Artikel Terkait

4 ulasan

  1. Semoga kita menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin

    BalasPadam
  2. rasanya belum terlewat untuk belajar ilmu kewangan ni.
    semoga mampu melalui zaman kemelesatan ekonomi dengan tabah.

    BalasPadam
  3. @Mrs Pip
    Yup..Belajar adalah proses yang tak kan pernah terlewat.. Teruslah belajar.

    BalasPadam

Catat Ulasan